Lame giler aku x update blog kan. Bukan membawa hati yg lara
tp kesibukan mencari nafkah. Hahaha. Balik dari keje, makan sambil tgk tv.
Kalau rajin baru aku on9. Itupun bukannya lama pun. Kalau malas tido la
jawabnya. Zzzzzzzzzzz
For temporary, aku masih bekerja di tempat yg sama. Still malas
nak mintak tempat lain yg jauh dari rumah. Bayangkan aku hanya jalan kaki
selama 5 minit ke tempat kerja. Banyak kos yg dapat aku cover. Dahla susah nak
cari kerja sekarang nie. Aku bersyukur aku bukan penganggur. Lgpun start dari 2
bulan lepas, bos kesayangan aku yg digelar haji bakhil telah menaikkan gaji
aku. Wahai bos kesayangan, silalah naik gaji saya lg. Mak aku dah start
membebel suruh cari kerja lain tp entah kenape la aku suka kerja kat sini.
Boleh dikatakan hampir regular customer dah tau name aku. Femus kan aku.
Hahaha. Perasan.
Bulan lepas aku telah mencipta rekod Malaysia iaitu aku
telah bekerja selama 30 hari tanpa cuti. Perghhh gile ke aku nie? Hahaha. Agak
– agak adew x rakyat Malaysia yg rajin mcm aku nie. Membanting tulang 4 kerat
bekerja dari pagi hingga ke malam. Hahaha. Ape? Membanting tulang? Igt aku
kerja sawah ke? Hahaha. Susah nak jumpe sawah kat n9 nie a. Aku bukan ape.
Malas nak mintak cuti utk perkara – perkara yg x berfaedah. lg baik aku kerja, dapat cuci mata. Hehehe. Tempat kerja aku
nie pelik sikit, xkerja, xdew income. Sampai Kak Timah yg selalu cuti hari
Sabtu pun ikut aku x cuti.
Bulan lepas best sikit. Bos aku dah x kejutkan mcm selalu. Lg best bile dye bg freedom ikut aku nak masuk keje pukul berapa. Hoorayy!!!. Kalau aku rajin masuk la pg, kalau malas masuk la tgh hari ker, ptg ker. Hehehe. Xtau la dye terkejut beruk atau tidak bile tgk punch card aku bulan lepas adw mcm2 waktu. Hahaha. Tp bile aku dapat gaji bulan nie punye, dye x konplen ape pun. Maknenyer aku boleh buat lg. Hehehe. Cume bile Kak Ain cuti, terpaksa la aku bangun awal. Masuk pukul 8 lebih. Gaji bulan nie diselitkan adew elaun top up. Aku pun xtau ape mimpi bos aku bg elaun top up. Mungkin sbb aku asyk buat alasan xdew kredit. Hahahaha. Elaun top up bukannya banyak mane pun. 10 hinggit aje. Ceh mmg haji bakhil.
Walaupun aku hari – hari kerja, tp bulan lepas sempat la aku
g funfair kat sini. Pergi sekali ngn makcik aku & sepupu aku yg kebetulan
datang rumah. Sempat la main top gun & ferris wheel. Tau x top gun? Ala top
gun yg terbalik – balik uh. Perghhh scary jgk lar walaupun x sehebat top gun
kat Times Square. Dah bertahun – tahun x main, bile naik jer mulalah jantung
aku dap dup dap dup. Aku naik dgn sepupu aku yg umo 15 tahun. 10 minit lebih la
kepala aku kejap kat atas, kejap kat bawah sampai x larat nak jerit. Hahaha.
Sepupu aku dah insaf nak naik lg padahal dye lah yg beria – ia yg ajak. Aku
steady jer. Ceh eksyen konon. Dapat la bawak balik patung kecik angry bird
hasil tangkap itik. Xmcm budak2 kan? Hehe
So, kalau adew kelapangan aku update lg k. Kalau malas, maknenye bulan depan la. Hehehe