Sunday, December 22, 2013

Patutkah aku Terasa ?


Aku membaca surat khabar Metro hari nie. Tibe - Tibe aku rasa artikel ini khas ditujukan untuk aku. Walaupun x mention nama sesiapa tetapi aku tetap terasa. DUSH! DUSH! DUSH! Kene sebijik. Ha Ha Ha. Siap senyum sorang - sorang sambil membaca.  Aku memang suka makan cili api. He He He



p/s : eh ingat senang ke nak dapat title ' pekerja cemerlang ' ?
banyak advantage tau !






9 hari lagi...


Aku rasakan lambat betul nak habiskan bulan nie walaupun tinggal 9 hari lagi. Hari nie aunty mengingatkan aku yang 1 hari je tinggal. Besok memang aunty cuti & tinggal isnin je sebelum beliau bercuti Krismas selama 6 hari. Maksudnye 6 hari aku akan berOT sehingga hujung nyawa. He He He. Berdebar - debar macam nak amik result PMR rasenye. Xpe Xpe bos kesayangan nak bayar OT. Bos kesayangan juga sanggup nak bayar annual leave aku. He He He. Segala rintangan & dugaan yang datang aku akan lalui dengan tabah. Beberapa hari lepas semasa aku nak punch out, aku cakap dengan bos aku.

Aku :  X sabarnyaaaa nak habiskan bulan nie. Lama betul rasanyaa....

Uncle : Cakap je la x sabar nak dapat gaji

Aku : ( Speechless ). Dalam hati cakap, " well. he understand me more & more. Ha Ha Ha. Dalam otak                 spoiler spoiler. Come to mama. Ha Ha Ha ".


Kekononnya hujung bulan nak bg BRIM. Kononnya lah kan. Macam tue aku sowang je la dapat sikit sebab aku sowang je bujang & belum berkahwin. Ha Ha Ha. Itulah bahan gosip di tempat kerja tadi sampai gelak sakit perut. Kononnya jugak hujung bulan nak belanje makan sebagai upah kene kira stock satu kedai. Hari tue cakap nak belanja KFC again again again again & again ( nampak x berapa banyak asyik beli KFC Ha Ha Ha ) sampai aku cakap aku nak muntah dah makan KFC. Tengok je la hujung bulan nie adakah janji beliau akan menjadi kenyataan atau sekadar janji janji kosong. Cewahhh...  Xsabarnya nak hujung bulannnn. Lagi 9 hari lagi. Amin. 



Friday, December 20, 2013

Perasan


Aku nie bukanlah seorang yang rabun. Aku boleh nampak tulisan yang jauh tanpa pakai cermin mata. Ok ini bukan riak. Ada seorang customer cakap kenape x apply polis sebab aku x rabun. Minatla pulak aku polis yang kene pakai pakaian seragam tue kan. So selasa selepas lepas aku OT dengan makcik Hanim. Mase aku cover dye, aku sorang - sorang la kat depan. Tibe - tibe nampak spek mata makcik nie. Aku pun mengada - ngada pakai la. Buat experiment. Aku rasa x pening sebab mungkin power x kuat. Tibe - tibe aku rasa nak tanye seorang customer ni.

Aku : Cik, cantik x sy pakai spek ?

Customer ( Acik ) : Cantik la jugak. Nampak terpelajar.

Aku : Oh kalau x pakai spek x nampak terpelajar la. Ha Ha Ha

Customer ( Acik ) : ( Speechless .......... )

Ok itu mangsa pertama aku. Aku pun xtau mane aku dapat idea bodoh nie. Aku kan suka buat kerja gila. So habisla semua customer aku tanya, " CANTIK X NANA PAKAI SPEK ? ". Ha Ha Ha. Rata - rata semua cakap aku better pakai cermin mata. Bibik pun sama. Cuma abg sebelah cakap BURUK =.=. Sebenarya aku nak dengan perkataan CANTIK je kan. Ha Ha Ha. Ada pulak ingat aku pekerja baru. Ha Ha Ha. Terbaik la. Mangsa terakhir bos aku, si Uncle J. Lepas bos aku datang, dye pandang aku dengan muka pelik. Lalu beliau pun bersuara

Uncle J : Nana, awak rabun ke ?

Aku : Xla. Saje - saje pakai. Buat experiment

Uncle J : Spek mata sape ?

Aku : Spek mata Hanim. He He He. Uncle, Nana cantik x pakai spek ?

Uncle J : Cantiklah. Lain kali beli spek mata sendiri.

Itulah bos aku. Walaupun macam x ikhlas puji tapi takut aku kecik hati terpaksa puji. Macam budak - budak pun aku ada. Jangan contohi perangai aku. Biarlah aku seorang yang mempunyai perangai seperti ini. Hehehe. Tapi betul ke cantik ? He He. Perasan sensorang la aku ni =.=.






p/s : jangan tanya dekat tapak tangan formula apa
kalau supervisor xde, aku la la bos kecik 
kene kerja dari pagi sampai malam
bila supplier hantar stock, me la kene cek 
conteng dekat tapak tangan pun boleh la 


Wednesday, December 11, 2013

Kali ke - 2


Ok hari ini aku buat kerja gila lagi buat kali ke -2. Dalam masa 50 minit lagi aku akan pergi kerja. Dan Dan Dan aku masih tidak tidur lagi. Ho Ho Ho. Nampaknya aku masih tidak serik lagi. Bayangkan hari ini aku kerja sehingga pukul 10 malam. Bukan 10 pagi tau tapi 10 malam. Mesti kowg kate aku gila sebab buat kerja gila nie tapi percayalah aku pernah buat sebelum ini. Rehat 2 jam nanti aku manfaatkan dengan tidur - tidur ayam. Itupun kalau tidur aku tidak diganggu.

Sekarang aku asyik menguap menandakan kengantukan yang baru bermula disamping mata mula kelihatan luyu. Tidak lupa eyebag yang sudah perlahan - lahan muncul. Menaip sambil menggosok - gosok mata dengan harapan ngantuk akan hilang tetapi tidak berjaya. Usaha aku mandi berminit - minit juga tidak menambahkan hasil. Hanya bil air yang akan meningkat. Ha Ha Ha. Apa - apapun ucapkan selamat berjaya kepada aku sehingga pukul 10 malam ini. Nana boleh. Ha Ha Ha. Semoga hari ini aku tidak bergaduh dengan bos aku lagi. Stress hoi hoi hoi.






Ini mee bakso yang bibik masak semalam
Mee bakso yang paling sedap aku pernah makan
Setiap bulan dapat makan. He He He
Bibik selalu gunakan alasan ini xbg aku cari kerja lain
" Kalau adik Nana xde, mcm mane nak makan bakso bibik ? "
" Sambal belacan bibik, mee soto bibik ? "
Ha Ha Ha. 
The best part aku gelak sambil sakit perut
" X kasihan bibik ka ? X kasihan sama Uncle ka ? "
Boleh pulak pikir si Uncle J tue. Lawak Lawak


Friday, December 6, 2013

AL cerita III


Hari nie aku terbaca borang AL aunty V. Kegerunan melanda. Mane tak nyer 5 hari tue aunty V cuti. Tidak berjaya aku pujuk aunty V suruh cuti sikit je. Wa Wa Wa. Tidak boleh tidur  memikirkan 5 hari tue. Minggu depan giliran Kak Ain & Hanim habiskan AL. Aku ? Rasa - rasa dah berjuta kali aku tanya. Tapi bos aku tetap x bagi aku cuti. Jalan terakhir ialah tetap berdegil isi form. Tapi aku rasa peluang cuti aku diluluskan ialah 1%.

So aku pun meluahkan isi hati aku orang lain boleh habiskan AL. Aku tidak boleh. Dowg pun cakap aku mengatakan aku nie pekerja cemerlang tidak boleh cuti. Tahun depan dapat hamper lagi. Ok Fine. Telinga aku tahan segala keperlian. 

Another part of me suruh je kerja 4 hari tue. Telan je segala kepahitan. Kepahitan aku berbayar tue. Ha Ha Ha. Nampak sangat otak duit. Ish Ish Ish. Mana satu yang patut aku pilih nie. Ada lagi 3 minggu untuk aku membuat keputusan. Macam mane bos ni kalau aku betul - betul pergi nanti. Tapi part of me sayang nak tinggalkan tempat nie. Nampak sangat hati itu memang berubah - berubah. Adoi Adoi


Mood : Prosperity Burgerrrrr : D



Thursday, December 5, 2013

Driver


Hari nie my bos kesayangan bawak lori pergi kedai. So aku x expect la beliau ingin meminjam kereta aku lagi lagi dan lagi. Aku ingat main - main. Dah la kali ini x bagi aku duit minyak pon. Aku siap tanya nie, " duit minyak mane ? ". Bos aku jawab " Lain Kali ". Kuang asam betul. Ha Ha Ha.  

Lepas balik bos aku suruh pulak hantarkan beliau pergi kedai depan. Pergi mengada - ngada parking lori kat sane apesal. So bayangkan me jadi driver. Aku pun reverse laju sambil tekan minyak. Sebab aku tahu xde kenderaan. Bos aku pulak takut yang amat sangat sampai pgg assist grip. Assist grip tue handle  dkat tingkap tue. Ha Ha Ha. Bila ade motor depan me beliau ckp, " Nana, ada motor depan. ". Aku pun cakap la, " Nana nampak la uncle ". Mungkin bos aku takut aku akan potong motor india tue. Xtau la lepas nie beliau berani naik kalau aku jadi driver lagi. Sape suruh mengada - ngada nak aku bawak td. Ha Ha. Padan muka. Alhamdullilah setakat ini aku masih belum langgar apa - apa lagi. Cuma aku suka bawak laju je. Ha Ha Ha. 

Tadi aku kene tegur sebab letak wedges kat bawah kaki. Bahaya sebab menghalang brek. Tapi sebenarnya dah berzaman aku letak wedges tue kat situ. Kalau dah brek emergency memang la bahaya kot. Eceh - eceh aku ni memang degil cakap orang tua. Hahahaha.


Tuesday, December 3, 2013

Magnum


Sepanjang aku bekerja inilah kali pertama bos aku si Uncle J belanja ais krim. Bukan aiskrim murah tapi dapat aiskrim Magnum lagi. Rasa nak demam sebab pelik sangat bos aku baik hati. So aku pun fikir bos aku nak nak reward sebab semalam pukul 7 mlm baru aku balik rumah. Well kenape lambat sangat ? Aku yang in charge so kene make sure everything is complete.  Bos aku call terperanjat sebab aku x balik lagi. Dah la aku sorang - sorang je. Aku ni bukan berkira sangat. Aku bukan jenis dah sampai waktu tau balik je. Tapi kerja x habis buat. Itulah apa yang aku buat orang lain xtau tapi bile bos bg aku lebih orang lain nampak pulak. macam mane tue ? Haish manusia manusia .....

Ahad pagi bos aku belikan breakfast nasi lemak tuk pekerja. Tapi for me, aku dapat 2 bungkus nasi lemak. Sebab aku kurus kering. Ha Ha Ha. Kurus kering ke? Da lama x menimbang berat badan nie. 








Friday, November 29, 2013

My Tulisan


Rabu lepas aku OT. Selalu OT aku x balik rumah walaupun dekat. Rehat di bilik boss. Bilik bos yang dah jadi bilik berehat pekerja.  Ha Ha Ha. Best giler. Selalu rehat 2 jam tidur tapi rabu lepas x. Aku tengah rehat pun terpaksa turun sekejap untuk cek barang. Rehat x habis lagi aku kene turun barang sampai lagi. Nampak x begitu besar pengorbanan aku kat sini. Haha. Letih giler oi.

Hari - hari aku kene tegur dengan bos aku sebab tulisan aku yang kecik. Kononnye sebab tulisan aku yang kecik, orang lain x faham & selalu salah buat order. & Kononnya jgk bos aku je yang faham tulisan aku. Kononnya lah kan. Sebenarnya xde kene mgene dgn tulisan aku pun. Aku bukan tulis tamil pun. Dah la kene pakai manual kene tulis semua order. Hadoi. Bayangkan masa rehat aku terpaksa bawak buku order naik atas sebab aku nak cek balik ape yang aku order, bos aku x faham. Alasannya tulisan aku kecil. Tapi sebelum tue bos aku mention dye sowg je yang faham. Aku pun pening sebenarnya.

Aku nak bgatu sejak dari zaman sekolah lagi tulisan aku mmg kecik. Tulisan macam semut memang aku dah lali dengar dah. Kene pakai kanta pembesar kalau nak baca lah. Etc Etc Etc. Masa nak SPM cikgu BM suruh aku besarkan sikit tulisan sebab takut pemeriksa tengah bad mood lalu failkan kertas penulisan aku. Tapi xpun. ( BANGGA NIE ). Diikuti zaman kolej pulak. Zaman kolej rasenye xde la kene tegur sangat sbb tulisan kecik tapi selalu kene tegur sbb aku selalu pakai pensel dari pen. Ye la senang padam. Bila dah habis belajar aku lama la x menulis. So bila aku masuk kerja, kene tulis balik memang tulisan cakar ayam. Pendek kata tulisan aku buruk nak mampus. Kene bahan sebab tulisan buruk. Ok fine. Padahal campur malas nak tulis kan. So bila dah hari - hari menulis tulisan aku kembali kepada asal. Kecik. Kene tegur jgk. Masa isi borang nak beli kereta, abg Jepp tuliskan balik sebab abg Jepp cakap tulisan aku so so kecik.   

So my kawan - kawan dah tau kekecilan tulisan aku. Tapi aku bg bukti kepada sesiapa yang x pernah tgk. Aku pun geledah bilik hari tue cari bukti tulisan aku masa zaman sekolah & masa zaman kolej. Ternyata masih ada sisa - sisa sebab kebanyakkannya aku dah jual dekat lori surat khabar lama.


PAST








PRESENT








So ini tulisan bos aku
Dah la buruk, x faham pulak tue
Pernah jumpa pekerja yang jujur nie ?
Ha Ha Ha
Honestly, aku sorang yang faham tulisan beliau






Thursday, November 21, 2013

AL cerita II

Tadi aku telefon kerani. Bertanyakan baki AL ( Annual Leave ) aku. Masih berbaki 4 hari. Rupenye banyak lagi. Aku mesti habiskan 4 hari tersebut sebelum bulan 1. So aku pun buat plan nak bercuti panjang masa Krismas nanti. Aku perlu merehatkan fizikal & mental aku setelah sekian lama tidak bercuti. Lagipun aku dapat membayangkan kerja yang sebegitu banyak yang sedia menanti aku Krismas nanti. Aku dapat membayangkan kestressan yang akan melanda. Oh No.

So sudah 2 kali aku cakap ngn bos aku si Uncle J aku nak habiskan AL aku. Paling latest hari ni. Guess what beliau masih cakap bende yang sama. CUTI AKU DIBEKUKAN. Oh no. Who is he nak bekukan cuti aku sesuka hati. Well aku tau beliau ialah seorang bos tapi aku bukan nak ponteng kerja. Aku nak tengok how they are gonna to live without me for 4 days. Satu hari aku cuti pun mesti keesokannya aku masuk kerja dengan dahi yang berkerut yang bermaksud ada something wrong dengan semalam. Alasan bos aku x bagi aku cuti ialah company akan bayar AL aku yang berbaki 4 hari. 

Sekarang aku ada 2 pilihan :

Pilihan pertama sama ada aku tetap berdegil cuti. Pernah sekali aku amik cuti tanpa AL sebab aku nak test jpj. First day Ramadan. Aku xbgtau sape - sape pun aku cuti sebab apa. How dare beliau ugut nak gantung kerja aku sebab aku nak cuti. Bos Bos. Berani nak gantung kerja pekerja cemerlang macam aku ni. Ha Ha Ha. 

Pilihan kedua ialah aku tetap bekerja memandangkan beliau sudi nak membayar AL aku. Bekerja bermaksud aku mencari penyakit stress. Hai siapakah yang sudi mendengar luahan perasaan aku memandangkan orang yang selalu mendengar akan pergi meninggalkan aku bulan ini. Feel sorry for myself. Kadang - kadang duit bukanlah segalanya - galanya walaupun dengan duit kita boleh membuat macam - macam. 

Aku nak pilihan ketiga tetapi mungkin Allah masih meletakkan aku di sini. Bukan tidak ada yang datang tapi terpaksa tolak atas sebab - sebab yang sangat munasabah. Oleh itu aku masih di sini menunggu peluang yang sesuai untuk disambar. Kadang - kadang aku terfikir mungkin setiap hari bos aku berdoa supaya aku sentiasa setia di sisinya. Sebab itu aku terpaksa tolak yang lain. Ha Ha Ha. Aku taip ni pun sangat geli. Naik bulu roma. 

Pening pening & sangat memeningkan kepala memikirkan hal ini. Pilihan ketiga cepatlah datang. Aku tidak mahu memilih pilihan pertama atau kedua. Kejap power in my hand or him ? *Pengsan*



------------------>>>>>>>>>>>>       AL cerita I


Monday, November 18, 2013

Hati


Separuh dari hatiku berkata ' Terima '
Separuh lagi hatiku berkata ' Pedulikan '
Mane satu kata hatiku yang harus ku turuti ?
Yang harus ke dengar & percaya ?
Jika aku pilih ' terima ' untuk apakah lagi ?
Bahagiakah kau jika aku menderita di sini ?
Setakat ini biarlah aku memilih ' pedulikan '
Cukup sekadar aku melihat kau dari jauh
Itu sudah memadai bagi aku.

" Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia "
Adakah benar hati itu boleh berubah - berubah ?
Tidak tetap pendiriannya ?
Jika ya
Ternyata kata -kata dahulu hanyalah sebuah nista
kerana tindakan kau sekarang aku lebih nampak semuanya
Tetapi kau jangan risau
Aku tidak akan pernah pernah salahkan takdir

Maafkan aku
Hati aku masih lagi seperti dulu
Tidak pernah berubah
Aku tidak kisah tiada siapa yang faham
Kerana hati aku tidak perlukan penjelasan
Maafkan aku
Hati aku masih lagi ingin mengetahui pasal kau
Walaupun kau tidak menyedarinya





Anonymous


Setelah beberapa tahun hanya yang ada id sahaja yang boleh komen di blog aku. Tetapi sekarang aku open balik anonymous pun boleh komen sekali. Dulu pernah sekali anonymous komen non sense dekat blog aku. Dipendekkan cerita, aku piss off. Tapi itu dulu cerita. Lagipun itu semua salah faham. Biaselah dulu zaman kebudak - budakkan lagi. Xpayah la tanye or susah - susah cari entry mane satu sebab aku dah delete. Actually banyak entry yang best - best aku TERdelete & TERpaksa delete. Malangnya blog nie xde recycle bin. Kalau x aku dah re- post balik sebab ade sowg anonymous nie sibok nak baca. Ha Ha Ha. I got u si anonymous. 

Saturday, November 16, 2013

Durian


Hari ni budak shift petang memang murah rezeki dari petang sampai ke malam. Rezeki hari jumaat. Macam - macam makanan la kteowg dapat customer bagi. Kenyang perut suka hati. Siapa sangka malam ni dapat durian dari Uncle Chan @ uncle sayur setelah berhari - hari xdatang kedai. Semalam bos aku si Uncle J sampai telefon Uncle Chan suruh aku cakap sendiri dengan Uncle Chan. Sebab aku tuduh bos aku marah Uncle Chan sampai Uncle Chan merajuk. Ha Ha Ha. Padahal Uncle Chan xde supply. Selalu lepas cek sayur, aku sambung kerja aku balik. Tibe - tibe Uncle Chan paggil aku sebab nak bagi durian. Mule - mule Uncle Chan bg sebiji suruh kongsi 3 orang. Tibe - tibe keluarkan banyak lagi. Wah wah rambang mata nak pilih mane satu. Tidak menghiraukan orang sekeliling sebab aku, Kak Timah & Bibik berebut - rebut pilih durian. Kalau flashback memang memalukan. Nasib baik bos belum datang. Hi Hi Hi. End up aku dapat 4 biji durian. Kak Timah & Bibik 3 biji. Sebab aku pekerja paling muda, aku kene dapat lebih dari orang lain. Tidak lupa bos aku punya 4 biji. Last kopek. Ha Ha Ha.

Balik rumah adik aku merengek suruh bukak durian. Mule - mule malas nak layan sebab aku x reti & x pernah kopek durian. Tapi si Peah ni berjaya pujuk aku. 

Adik : Kaklong, ko kopek la durian. Ko kan sado.

Aku : Sado ? Apa tu ?

Adik : Tough.

Ok. Banyak kali adik aku cakap aku ni tough. Dye cakap sikit hari nanti aku ade muscle. Lawak betul. So beberapa kali error aku berjaya kopek durian. Yeay. Bangga dengan diri sendiri. Terkeluar urat tangan aku sebab kopek durian. Susah jugak rupanya nak buat. Tapi sebelum berjaya aku tidak sengaja tercalarkan tile dapur mak aku dengan parang. Siap pesan dengan adik aku jangan bagitau mak aku sebab takut mak aku membebel. Mampu tulis kat sini je. He He He. Maaf Mak. Harap Mak x perasan. Kuang asam punye anak. So sebiji durian habis licin dimakan oleh 2 orang. Sekarang perut aku kembung sebab dah macam - macam makan. Bila - bila fikir balik aku pun x ingat bila last aku makan durian. Rasa macam dah bertahun - tahun x makan durian. Terima kasih Uncle Chan. 












Friday, November 15, 2013

Typical Malay


Semalam aku mendengar lagi kisah yang sama
Dulu aku marah. Aku geram. Aku sedih
Kini aku tidak lagi merasa apa - apa.
Aku hanya mampu tersenyum sendiri
Terima kasih bagi aku pahala
Kerana sesuatu yang tidak benar

Mulut tempayan tidak akan boleh ditutup
Inikan pula mulut manusia
Aku tidak boleh membalas 
Apatah lagi menghukum
Aku tahu Tuhan itu ada
Biarlah Tuhan sahaja yang menjadi hakim
Aku hanya boleh berdoa
supaya aku tidak menjadi seperti mereka

Aku tidak perlu berubah
untuk paksa orang lain suka aku
Aku tidak perlu bermuka - muka
hanya untuk meraih perhatian orang lain
Aku juga tidak perlu berwayang cina
semata - mata untuk puaskan hati semua pihak
Apa yang aku hanya tahu
Aku perlu sentiasa menjadi diri aku sendiri

Mungkin aku hanya pandai nampak orang lain
Tidak akan kekurangan aku sendiri
Teguri aku kerana aku tahu aku tidak sempurna
Aku akan menerimanya dengan lapang dada
Tetapi mengapa perlu ulangi perangai yang sama ?
Sengaja ?
Atau manusia sememangnya tidak boleh berubah ?

Aku sudah tidak bermaya lagi
Tapi ku gagahkan jua
Melawan segala anasir - anasir jahat dengan sisaku yang terakhir
Bukan aku tidak mencuba dengan sedaya upaya
Tapi entah kenapa aku masih diletakkan di sini
Sedangkan DIA yang paling faham isi hati aku
Sehingga sekarang aku masih tercari - cari jawapannya
Apakah hikmah di sebalik ujian ini ?

Aku cuma menunggu masa untuk semua ini berakhir
Ya Allah, tolong bantu hambamu yang lemah ini...



Tuesday, November 12, 2013

Nasihat Membina versi 2.0






Aku tahu sabar itu payah.
Aku tidak akan pernah putus asa
Aku akan terus kuat & tabah menghadapi ujian dari Allah
Aku tahu ada insan yang ada di sisi aku di saat aku perlukannya.



Sunday, November 10, 2013

Berat Oh Berat





Stress yang melanda diriku ini sejak beberapa minggu ini
membuatkan berat aku turun 
sehingga aku tidak berselera nak makan nasi

Fighting Fighting 45 kg !




Malas

Bila aku mengadu dekat bibik aku malas nak kerja mesti bibik cakap macam nie. " Kalau x kerja, macam mane mau bayar kereta ". " Kalau x kerja, x ada duit ". Ok fine. Kepala tertunduk ke bawah tanda setuju. Nasihat yang jujur walaupun kedengaran kasar. Itulah bibik. Mak angkat dari negara jiran. Ha Ha Ha



Friday, November 8, 2013

Pagi Jumaat


Pagi jumaat ini aku telah mendapat ceramah dari bos kesayangan aku. Bukan ceramah agama tapi ceramah mendengar bebelan free dari beliau akibat lupa menarik order semalam. Puas lah aku memerah otak mengalahkan budak spm. Dah send mesej boleh pulak dapat notification dari celcom kredit habis. Kenape pulak waktu genting macam nie kredit habis ? Bos aku ni nama je pakai I Phone 5 tapi whats app ke we chat ke x install. Kalau x free je. Salahkan bos aku padahal salah sendiri. Ha Ha Ha. 

So aku pun pinjam la henfon adik aku. Nasib baik adik aku ade rumah sbb cuti sem. Penat - penat aku hanta mesej panjang lebar boleh pulak bos aku reply ni sape ? Menguji tahap kesabaran aku bile bos aku reply lg lory dah jalan. Ok fine. Sambung tido.

Friday, November 1, 2013

Kau & Aku


Aku berasa bersalah apabila mengimbau kembali nostalgia dahulu
Kenangan silam yang  masih menghantui aku sehingga hari ini
Walaupun sudah bertahun - tahun  tetapi ia masih segar di ingatanku
Seolah - olah ia baru berlaku semalam
Siapakah yang harus dipersalahkan ? Kau atau aku ?
Atau sebenarnya kita berdua masih tidak matang

Setelah terpisah oleh ruang & waktu
Kita berhubung kembali akibat kecanggihan teknologi
Sejenak ku berfikir, adakan Tuhan sengaja menemukan kita
Atau aku yang bersalah sebab mencari kembali kau ?

Entah mengapa aku rasa saat bahagia itu sengaja ditarik semula oleh Tuhan
Setelah aku mendapat berita yang meruntuhkan jiwa & raga aku
Sudah terlambatkan aku untuk merebutnya kembali ?
Aku berpura - pura gembira
Aku berpura - pura tabah
Tetapi aku menangis di dalam hati
Walaupun tiada sesiapa yang tahu
Tetapi aku tahu aku seorang wanita yang kuat

Aku bermain dengan api sekali lagi
Nasihat yang diberi ibarat mencurah air ke daun keladi
Aku keliru dengan perasaan aku sendiri
Aku tahu kau sama seperti aku
Hati meronta - ronta inginkan kepastian
Berdosakah kami ?

Sekarang aku dapat menerima Qada & Qadar Allah
Dunia kau dan aku sudah jauh berbeza
Mustahil masa dapat diputarkan kembali
Sudah tertulis kita tidak akan bersatu semula
Walaupun aku dan kau menginginkannya
Sebelum aku terus terluka
Biarlah aku mengundurkan diri
Aku beralah walaupun tidak rela

Aku tidak pernah menyesal mengenali kau
Aku harap kau juga tidak pernah menyesal mengenali aku
Beribu kemaafan tidak dapat menebus kembali kesalahan & kesilapan aku
Kerana aku, luka kau masih lagi berparut
Tetapi aku bersyukur
Kau sudah menjumpai pemilik tulang rusuk kiri kau
Sedangkan aku masih tercari - cari

Cukup cukup sudah aku bercerita pasal zaman silam aku
Aku tidak mahu toleh ke belakang lagi
Aku mahu terus mara & maju ke hadapan
Tidak mungkin dapat aku buang buku lama aku
Cuma ia akan tersimpan di dalam kotak memori aku
Buat selama - lamanya.


Monday, October 28, 2013

Sebuah Kejujuran


Aku xtahu kenape mood aku tersgtlah rajin nak update blog bulan ni. Sementara mood rajin itu adew & sementara wifi aku laju giler. Lebih baik aku manfaatkan. So berbalik kepada tajuk di atas, aku nak kongsikan cerita aku kepada pembaca yg setia membaca blog aku nie. Sila senyum sowg - sowg jika anda salah seorang daripadanya. Bapak la perasan gila aku nie kan. Ha Ha Ha.

Dulu aku ade seorang kawan baik. Namanya miss M. ( jika anda rasa itu anda TAHNIAH ). He He He. Miss M ni mmg seorang kawan yg paling jujur aku plg kenal dlm abad ini. Kejujurannya kdg2 akan membuatkan anda terkecil hati. Ha Ha Ha. Sbb aku pun pernah terkecil hati. Ha Ha Ha. Jujur aku tulis nie. Kalau nak tanya pendapat, tanyelah miss M. Miss M akan ckp sejujur - sejurnya. Sesiapa yg x faham miss M akan ckp dalam hati, " ehhh miss M ni, ckp main lepas je tanpa fikir perasaan org lain. ". Sesiapa yg rapat dgn miss M, mmg sudah terbiasa dgn kejujuran miss M. Contohnya aku la. Ha Ha Ha.

Ape yang aku faham tentang kejujuran ialah tidak semua orang boleh terima. Kepada yg berhati kecik.. nanti mula tersentap sane tersentap sini.  Tapi hati manusia semua sama saiz kan. He He He. Adakah kita perlu jujur dalam sesetengah perkara sahaja? Selebihnya adakah kita harus mendiamkan diri sahaja? " Di luah mati emak, ditelan mati ayah ". Macam mane tu? Jawapan yang betul ialah YA. Kita harus jujur dalam sesetengah perkara sahaja. Oleh itu aku TERPAKSA memilih utk mendiamkan diri dan meluahkan perasaan kepada orang lain dari berterus terang. Bertuah la insan tue dgr aku meluahlan perasaan hari - hari kan. Ha Ha Ha. Bukan hipokrit. Tetapi ini adalah kerana ramai yang berhati kecik di dunia ni. Lagi - lagi kalau orang yang lebih tua dari kite. Sikit - sikit sensitif. Nanti kalau ditegur dicakapnya macam - macam. Susah betul. Aku agak ramai yang mengalami situasi yang sama macam aku. Selagi aku boleh bertahan selagi itulah aku akan cuba menjaga perasaan orang lain tanpa memikirkan perasaan aku sendiri. Sorry miss M, aku masih x boleh menjadi seperti kau. 

TAPI bukan dengan bos aku si Uncle J. Sejak bila aku & dia boleh berterus terang aku aku pun x igt. Uncle J ialah seorang daripada individu yang boleh terima kejujuran. Uncle J pernah ckp aku mulut jahat padahal mulut dye pun same jahat gak. Ha Ha Ha. Merajuk la hati kalau sesiapa yg x tahan mendgr kejujuran tahap karma yg kelua dari mulut uncle J. Kalah miss M aku. He He He. Alah bisa tegal biasa kan. Mungin dowg akan cakap aku berani lawan bos, kurang hajar dgn bos, etc etc. Dowg x faham kejujuran aku sebenarnya. Tagline aku dgn bos, " berani kerana benar, takut kerana salah ". Bos pun manusia biasa jgk yg akan membuat kesilapan. Semalam aku ckp dgn bos aku, aku tunjuk perangai sebenar aku. Xperlu nak berlakon free itu semua. Tibe - tibe bibik menyampuk, " YE KE ? ". Mmg nak kene bibik nie sbb menyampuk. Uncle J mampu gelak besar je. Beberapa minggu lepas aku tercakap bos aku, " U'RE VERY RUDE ". Sebab ape sampai sekarang aku x ingat. Tapi yang aku ingat bos aku cakap balik, " U'RE VERY RUDE TOO ". Ok fine. Nampak x kimia antara kteowg. Banyak la punya kimia. Ha Ha Ha. Itu nasib baik mood boss aku baik boleh la bergurau senda. Kene angin taufan melanda diam seribu bahasa. Tapi aku tetap respek uncle J. Macam mane pun sekarang ini dye tetap bos aku. Eh eh eh itu jujur punye ayat tau. Ha Ha Ha.

Itulah contoh kejujuran yang aku boleh bagi berdasarkan pengalaman hidup aku. Salah taip. Pengalaman kerja. Hari - hari bekerja sampai xde pengalaman lain. Ha Ha Ha.  Sebagai rakyat Malaysia ( p/s: bukan Bangla ok ) yang hidup dalam masyarakat, aku kenalah sentiasa beralah kan. Kesian. Walaupun tiada sesiapa yang mendengar batin aku menjerit - menjerit inginkan pembelaan. Xpew. Bos aku selalu pesan muda - muda & badan tengah sihat ni la nak cari rezeki banyak - banyak. Jangan jadi pemalas. Bos yang banyak duit ni pun hari - hari kerja. Ok fine. Jadikan uncle J sebagai mentor. 100% statement jujur aku.





Friday, October 25, 2013

Mari Bercucuk Tanam


Aku xtahu aku ni buang tebiat ke apa sbb aku boleh terfikir nak bercucuk tanam. Atau ini angan - angan minah jenin semata - mata yg bersifat sementara. Aku pun utarakan pendapat aku kepada dowg nak menanam cili api. Sah aku ni gila agaknya. Ha Ha Ha. Cili api ? Kenape aku boleh terfikir nak tanam cili api? Sbb aku suka sgt makan cili api & kononnya cili api mudah ditanam. Kononnya... Aku pun terfikir balik rumah nak ambil pasu kosong mak aku, letak tanah & tanam biji cili api. Kononnya.. Terfikir jugak aku ni kan balik malam & bangun pun lambat --- > confession, bila masanya aku nak buat semua itu? Aunty pun ckp kenape nak susah - susah ambil je anak pokok cili api kat rumah bibik. Ok masalah selesai. Terima kasih aunty.

Semalam menggedikkk dgn bibik nak anak pokok cili api. Bercerita dgn terlebih semangat yang kononnya aku ingin belajar nak membela pokok cili api. Sampai sekarang aku masih xfaham kenapa aku dapat idea gila ni. Ha Ha Ha. Terpaksa menadah telinga mendengar perlian bibik, " X MATI KE ? ". Ok Fine. Aku ialah seorang perempuan yang dikurniakan sepasang telinga yang dapat menahan segala keperlian. Belum cuba belum tahu. Aku masuk - masuk kerja je, excited bibik cerita dah masukkan anak pokok cili api aku dalam pasu. Mmg terharu. Lepas nak tanam cili api, aku nak tanam limau kasturi. Well, aku nak tanam bende - bende yang aku suka. Nak bela keli sendiri mmg mustahil rasenya. Ha Ha Ha. Terpaksa menahan keperlian lg bila dowg ckp beruntung sbb aku ni belum kahwin dah fikir nak bercucuk tanam. Ok Fine. Beruntung aku mempunyai sepasang telinga yg sgt tebal & kebal. 

Balik dari kerja tadi singgah rumah bibik nak ambil anak pokok cili api. Siap tinjau belakang rumah bibik tgk pokok cili api yang besar- besar. Excited. The best part bibik bg sekali anak pokok limau kasturi. YEAY ! Sekali dgn baja. Balik - balik rumah je excited cerita dgn mak pasal pokok aku. Terpaksa menadah telinga buat kali kedua hari ni sbb mak aku ckp, " ingat senang nak bela pokok ". Ok Fine. Tidak siapa yg percayakan kemampuan aku.  Aku harap aku dapat tgk kedua - dua pokok aku ni membesar dgn sihat. Nanti aku boleh buktikan kat semua org. Tidak sabar nak bangun pagi nak menyiram pokok aku ni. Kononnya.. Tetiba teeringat balik masa sekolah rendah dulu ikut family pergi kebun bunga & merengek suruh mak belikan pokok kaktus kononya nak bela. Akhirnya mati. Pokok kaktus pun boleh mati kan. Ala itu kan budak - budak dulu x reti sgt jaga pokok. Sekarang lain. Aku dah tanya bibik cara - cara nak menjaga pokok. Hahaha. Kononnya.. Sayang BIBIK.. He He He...



Jeng Jeng Jeng
Ini dua - dua anak pokok officially jadi my own property
KIRI - POKOK LIMAU KASTURI
KANAN - POKOK CILI API






P/S : AKU SIAP PESAN 
DGN ANAk - ANAk KUCING AKU
JANGAN NAK MAIN KAT POKOK - POKOK AKU NIE
HARAP DOWG FAHAM.. HAHAHa



Tuesday, October 22, 2013

Mee Rojak + Cendol


Sudah lama sangat aku teringin giler nak makan mee rojak yg sedap mcm Alim Corner. Alim Corner ialah sebuah kedai mamak yg terletak di bawah hostel aku dulu. Di mane aku nak mencari kedai mamak yg menjual mee rojak yg sedap? Di sini kedai mamak yg sgt - sgt femus ialah Wazer. Pergi bunuh diri org Seremban kalau x pernah pergi Wazer. Ha Ha Ha. 

Rupanya Wazer hanyalah indah khabar dari rupa. Mee rojaknya tidaklah sesedap mane. Aku dah pergi makan bulan lepas. Dahla x beberapa sedap, aku ckp ngn Ane tue aku xnak tahu putih tapi aku nak kueh lebih. Tapi boleh pulak Ane bg aku semua tahu putih. Xke menyirap rasenye darah nie? Ha Ha Ha. Boleh mengadu ngn bos nye aku nk tahu putih semua. Nasib baik aku ade bawak translator bole ckp bahasa Tamil. The last part aku bole tinggal kunci kereta kat atas meja. Boleh pulak gembira merayau - rayau bersama - sama di Family Store. Mase nak balik baru perasan kunci kereta xade & teringat letak meja. Nasib baik jugak Ane tue mengaku simpankan kunci kereta aku. Kalau x? Kene jalan kaki balik rumah amik duplicate. Tapi fikir jgk kat kunci kereta ade skali kunci rumah. Kenapakah aku begitu cuai? Itulah sumpahan supaya aku jgn makan mee rojak di Wazer lg. Ha Ha Ha

Tidak puas hati sbb perut ini belum dpt mee rojak yg sedap.Wifi di tempat kerja mari kita manfaatkan dgn meng'google' mee rojak yg sedap di Seremban ini. Rupa - rupanya adw di Haji Shariff Cendol. Aku igt jual cendol je tp ade mee rojak skali. Kesian giler kat diri sendiri sbb x pernah pergi. Abaikan. So hari ni hajat aku tertunai. HUYEHHHH!!!. Perut menyanyi kegembiraan tetapi masih lagu Rossa yg kelua. He He He. Aku ckp kat Ane tue, " xnak telur, xnak tahu putih, lebihkan kueh ". Banyakla punya demand. Ane tue mampu senyum je. Makan bersama cendol kacang merah lg heaven. Lg heaven rasenye bila ade orang belanjerrrr. Terharu. Even mee rojak + cendol sahaja tetapi aku tetap terharu. Kan dah ckp aku ni seorang yg mudah terharu. Ha Ha Ha. Sudah percaye ?



Sepatutnye amik gamba makanan sebelum makan
Ini x, ade ke selepas makan?  Licin oiii..
APTB =.='








Monday, October 21, 2013

Bad Mood









Wait, who look like in a bad mood today?
I'm a little bit confused
Uncle J or me ?
It supposed to be me
Reason my mood swings
Let it remains secret

Until now he STILL not reply my text
HA HA HA



P/S : I'M NOT RUDE, I'M JUST HONEST




Saturday, October 19, 2013

Tokono Sobijik Sobijut








P/S : Ado sosoorang suruh ehhh salah PAKSO eden baco status ini td. Ha Ha Ha. 
Eden pun follow page nie, print screen & post kat blog. 


Sobonarnyo 100% botolnyo ckp ekau nie. Eden ni a yg bega sgt nk donga
Ekau kan dah donga lagu Rossa angitu
Itulah yg eden gaso
Walaupun xdo sapo yg faham & xkan pornah faham pun eden ni a
Eden tau ekau bosan nak donga
Itu den tuleh kat sini 
Bg ekau bosan lg.. Suko x ? Ha Ha Ha
Ekau jgn  gisau, Eden cubo polahan - polahan
AMALAN MEMBUEK SEMPUREH 
Ok Bye



Wednesday, October 16, 2013

Aidiladha 2013


Loteh den nak monjawab soalan samo dari minggu lopeh den balik mano. Eden bukan ado laki pon laeh nak poning palo balik mano. HaHaHa. Eh hari tue customer tanye aku ckp nak balik Endon ikut Bibik. Muke aku kan mcm orang jawa sikit. :P Orang lain balik kg aku balik bandar. Correction tahun ni sambut Aidiladha ramai - ramai di rumah makcik. Kenikmatan gather ramai - ramai sbb aku selalu x menghadirkan diri atas sebab - sebab munasabah. Celebrate birthday cousin sekali. Happy Birthday Adik. Hadiah postpone bulan depan. Boleh pulak mcm tu eh? He He He. Overdose makan tersangatlah gila sehingga berat naik 2kg. Bayangkan rendang dg + nasi lemak + kek + pulut kuning + nasi impit + kuah kacang + jelly + cornflakes coklat + kerepek dalam sesuatu masa. Aku pun mcm xpecaye aku mcm rakyat Afrika yg kebuluran x makan selama beberapa minggu tp itulah realitinya. Perut TERSANGATpenuh akibat ketamakan. Tapi x makan itu semua rugi pulak. At last aku yg merana. Sila jgn contohi perangai BURUK aku. 



Menu esok : MEE SOTO ( x sabarnyaa !!! )


p/s : Aku rase cuti aku 2 hari nie dipenuhi dgn aktiviti yg
MENGGEMOKKAN BADAN. 




Wednesday, October 9, 2013

1 Hari Yang Penuh Dengan keTERHARUan..


Cerita 1 - Big Mouth Burger. Aku x pernah langsung tahu akan kewujudan tempat ini. Inipun kawan aku Ana yg ajak aku 2 minggu lepas. Katenye ade kedai burger baru di Uptown Avenue. Aku ni kan kerja hari - hari mane la tau pebende tue sume even duk kat S2. Kesiannya dekat diri sendiri. Hahaha. So aku rase nak bg 5 bintang sbb burger sume special - special giler. Kalah McD. Selalu roti burger cerah kan tp roti burger kat sini warna hitam aka charcoal. Decoration konsep mcm construction. Unik la. Mule - mule aku igt owner cine tp rupenye Melayu. Bile aku google, rupe - rupe kat KL dah ade. Mmg rase kesian kat diri sendiri sgt - sgt. Hahaha. 

p/s : Nanti nak ajak Nad & Soya try pulak  Hehehe. Also my dear Kak Timah. Hahaha.

Tapi sebab ape aku sekarang baru tulis entry ni sbb akhirnya aku dapat jumpe owner Big Mouth Burger kat kedai aku. Ceritenye bermule aku selalu nampak customer baru ni datang kedai aku. Kire - kire minggu lepas. Selalu beli barang banyak - banyak. So hari ni pun same. Hari ni dye bawak pekerje dye tolong dye. Tibe - tibe nampak pekerja dye pakai t - shirt yg bertulis " Big Mouth Burger ". Aku pun tergerak hati nak tegur akk tue.

Aku : Akk, akk ade kedai kat Oakland ker ( tersasul actually nk ckp Uptown Avenue )

Akk : Xla dik, kat Uptown Avenue

Aku : Aaa itula nk ckp, sy adew mkn kat kedai akk minggu lepas

Akk : Iyeee ( muke excited ). Awk dtg bile ? Awk makan burger ape ?

Aku : Malam.. Xigtla.. sbb baru first time.. Itupun kwn sy ckp ade kedai baru bkk. Yg sy igt ade onion ring            kat atas.. Hehehe..

Akk : Owh. Akk kat dlm.. Louisana. Sedap x burger tue?

Aku : Sedap.. Sy suke konsep construction. Unik. Ade no giliran lg. Tue tu la xbanyak pilihan minuman. Ade          soft drink je kalau utk air sejuk ( HA HA HA suke hati aku je bg pendapat )

Akk : Itulah in future kite akan pelbagaikan minuman

Banyak lg conversation tp x igt la. Lg 1 ramai gile org td menghadkan perbualan kteowg. But the best part is dye ckp kat pekerje dye ape, " remember to give this girl discount if she come again. Don't forget her face... ". Mengangguk je pekerja dye. Terharu.. Even entah bile lg aku dapat pergi.. Even pekerja dye pun da lupe aku. But it something nice to be remember. 


Cerita 2 - Today last OT dgn Aunty. Sbb esok Kak Timah kerja balik. HUyeehhhh... Tibe - tibe ptg td aunty tanye aku, " Nana, aunty rase dahaga la. Nana nk minum air ape ? ". " Xnak la aunty. Malu la asyk Aunty belanje." Kekononan malu.. Hahaha. Tibe - tibe aunty rase nak minum milo ais. Kalau nk pergi beli milo Ais kene pergi kedai seberang jalan. Mule - mule aku request nak teh ais then tuka jd teo ais limau. Aku siap pesan Aunty suruh si Amoi tue buat masam - masam & manis - manis. Dahla aunty belanje, aunty kene pergi sendiri, aku pulak demand mcm - mcm pulak. Amoi pulak buat teo ais limau mcm aku suruh. Terharuuuuu..




Cerita 3 - Something nice happen again tonight when Kak Azura bawak kek Red Velvet. Sejujurnya aku x pernah makan kek ini. Even dowg akan ckp, " kesian gile x pernah makan kek Red Velvet " aku langsung x kisah. Sbb aku bkn cake lover. Banyak lg kot kek - kek aku x tau & x pernah mkn. So sbb Kak Azura bawak rase terharu la sbb dye bawak khas tuk aku. Baked by herself. Feeling loved. Hahaha.  Sampai bos aku si uncle J rase jealous yg teramat sgt smpai tanye kat Kak Azura, " apa rahsia budak ini a ? ". Kaki pengepau. Kuang asam punye bos. Aku x pernah pau Kak Azura. Tapi Kak Azura ckp balik kat bos, " because she talkative ". Am I ? Terharu lg...


Cerita 4 - Malam td Uncle J bawak lori. Bawak lori MEANS 1 lori penuh dgn barang - barang S2. 1 lori penuh MEANS kene gotong royong tolong dye. Tolong dye MEANS penat. Aku hairan kenape dye suka bwk barang mlm. Adakah dye tau xde orang di malam hari ?  Adakah dye tau aku ade kerja lain ? Adekah ? Lupekan aje sbb aku rase dye buat - buat xtau. Hahaha. Sebelum hantar brg, dye kol aku dulu. Uncle tanye siapa OT. Aku ckp Aunty. Tibe - tibe uncle ckp, " Nana, uncle bwk lori. Nanti uncle pinjam kereta nana eh ".  Patutla tanye siapa OT. Xde kereta dye pau nak pinjam. Aku orang terakhir yg dye terpaksa tanye. Hahaha. Lawak lawak. So bile nak balik td, aku tgk sebelah seat aku ade 10 hinggit. Aku igt uncle J tercicir duit ke ape. Terjerit - jerit aku nk pulangkan sbb uncle J dah dlm lori. Rupe - rupe utk aku isi minyak. Aku rase kereta aku ade 3 bar lg. Cukup 2 minggu kot. Hahaha. Ternyata di sebalik kedekutan Uncle J terselit sikap pemurah yg x disangka - sangka. Terharu - terharu sgt.



Berakhir sudah hari ini yg penuh dgn terharu. 
Agaknya hati aku ni fragile kot
Sbb tue la aku nie mmg cepat terharu walaupun bende kecik je. 
Hehehe. 
Ade lgkah org nak buat aku terharu aku lg?
Hehehehehehe.. :DDD

Tuesday, October 8, 2013

Henfon Syarikat





Sebuah Henfon baru yg dibeli oleh Uncle J utk kegunaan syarikat. 
Ini adalah hasil idea aku sendiri utk membuat gamba di atas sbg WALLPAPER.
Ape nak buat, perasan mcm henfon ni aku yg punye.. HEHE




Aku : " Uncle tgk ni, sy buat wallpaper ".  
Uncle J : ( Mampu tersenyum ). Timah xde ke ?
Aku : Tue tepi sekali. 



p/s : agaknya maksud tersirat bos aku, 
kalau aku amik gamba, mesti Kak Timah terselit skali
hahaha
bos aku xtanye pun org lain ?
Kak Ain, Cik Ani, Aunty or Bibik ?





Monday, October 7, 2013

Nasihat Membina


Terharu bile Kak Shida, one of regular customer tibe - tibe bg nasihat membina pg semalam.

Kak Shida : Hari tu, akk pergi ceramah. Ustaz tue ckp kalau                           kite buat kerja dgn ikhlas nanti Allah akan 
                      turunkan rezeki yg kita sendiri xtau.
  
Aku : Xnampak lg rezeki tu. ( Sambil tersengih - sengih )

Kak Shida : Nanti - nanti la tue.

Aku akan cuba selami maksud tersurat & tersirat beliau. Xtau la sbb dye tgk muke aku bukan double or triple stress tp QUADRUPLE STRESS pg smalam. Itu pasal agaknya aku dapat nasihat percume pg - pg Ahad. Aku x suke keje ari Ahad & aku x pernah cuti hari Ahad. Semalam aku ckp dgn Uncle J aku malas nk pgg kunci. Konon xnak dtg dgn alasan aku x pernah cuti hari Ahad. Tapi aku tau, he never let me cuti. " JANGAN NAK MENGADA - NGADA " sambil ckp dgn slang cine. Bos si pelat

Have u ever heard the proverb " When the cat is away, mice will play ". I think i finally met this type of ' people ' . I feel so sorry for them. It is harsh ? Well u have no idea what am i going through. But now I realize that I have no right at all to judge people. Pardon me. I'm just over react. Let Allah be the judge. Allah sees, knows and hears everything even i'm silence. 


Mood : still holding on .. :D





Friday, October 4, 2013

Pink Rims







\





















Ini angan - angan aku sebelum dapat kereta sendiri lg. What rim pink? Atau bahasa melayunya Rim yg bewarna Merah Jambu. Setakat ini semua kutuk - kutuk aku. Gelak - gelakkan aku. Komen plg femus " SO GURLLYYY ". Remember i'm a girl. If i were a boy, so u can call me " PONDAN ". Hahaha. Nasib baik viva x de kaler pink, kalau x dah lame aku booking. Tunggu sebulan pun sanggup. 

Entah kenape aku sudah jatuh cinta pd sport rim pink. Setakat ni aku rase xde satu kereta pun pakai sport rim pink. Well, let me be the first person. Bia aku yg pecahkan rekod kat Seremban ni. Hahaha. Td aku tanya kat Apex pun, dye gelak - gelakkan aku.  Abg Bob pulak ckp adew kat Seremban ni tp xsesuai dgn viva hitam. Viva Putih matching la. Itulah perangai Abg Bob yg hari - hari mengutuk aku. If adwpun of course la mahal. Well burok sgt ke pakai sport rim pink nie? Aku pun xfaham & cuba utk memahami. Tiada siapakah yg dpt memahami hati kecilku ini yg memberontak inginkan sport rim pink supaya dpt bersatu dgn tayarku ini? Wujudkan org itu? Adakah? Jika angan - angan kecilku ini tercapai, akulah org yg paling gembira di abad ini. 

Setakat ini aku mampu google je. Menjerit seorang diri di dlm bilik sambil bercakap  " Pergghhhhrrr LAWA GILER!!! SMART GILERRR ! ".  Tp aku normal lg ok. Belum sawan babi lg. Mcm mane kowg kutuk - kutuk angan -angan kecilku ini aku ttp akan teguh dgn pendirianku ini dgn PINK. FULLSTOP. Walaupun utk mendapatkannya adalah begitu mustahil sekali tp aku percaya aku akan mendapatkannya satu hari nanti. Cewahhh. 



p/s : Ini ghupo koreto den kalau pakai ngirm mengarh jambu haa..
tp den pakai viva 1.0 jo
koreto kocik jo
xmampu laih nak pakai koreto bosa bosa

|
|
|
|
|
|
|
|
|
v





OPPSSS adew sambungan lg.. hari ni aku tanya bos aku si Uncle J.. xpuas hati lg pasal rim kaler pink ini. " Uncle, kalau Nana nak pakai sport rim pink. Lawa x? ". Uncle J sambil tergelak gelak, " ape nak tuka sport rim pink? kereta da la kecik. nak pakai sport rim la. nak make up itu la ini la. lain la pakai BMW ke. pakai je la ape yg ade. bole g kl, g Langkawi. ". Ok statement yg sgt menusuk kalbuku. Boleh menimbulkan ketachingan kpd sesiapa yg xtahan. But i really don't care. Thats me.


Monday, September 30, 2013

AL


AL stand for Annual Leave. Well sape dah kerje mesti tau AL tue ape. Disebabkan aku baru setahun kerja, aku hanya layak utk mendapat AL sebanyak 8 hari sahaja. Well uncle J aku mmg kedekut orgnya, 1 Sban tau. Hahaha. Aku hanya menggunakan AL utk hal - hal sgt terpenting sahaja. So last sabtu, aku menggunakan AL aku. Maknanya hal penting la tue kan... So disebabkan takut AL kene reject awl-awl aku dah isi form ptg isnin. Takut si Uncle J bc lambat form aku, mlm isnin aku bgtau. " NO WAY ". Itu jawapan bos aku. Aku dah agak mesti x boleh punye. So aku dah buat back up plan. Nasib baik aku dah suruh Hanim & Aunty OT. So bos aku x boleh ckp ape - ape dah. Hahaha.

Dipendekkan cerita, sehari sebelum aku cuti. Ade je yg xkene. Pg - pg dah dpt mesej " bunga - bunga " dr bos aku. Aku dah agak ini mesti aku nk cuti esok. Xpe Xpe aku buat bodoh je walaupun hati berasap jgk. Dipendekkan cerita lg, Hanim xdpt keje hari sabtu tue. Mule - mule suruh Kak Timah keje tp Kak Timah xbole. So sebelum tutup kedai bos aku tanya nak pergi mane esok ? X bole keje ke ?. Aku ckp " PRIVATE & CONFIDENTIAL ". Haha. Boleh pulak pujuk aku suruh keje esok. No way. Dah la aku xde cuti, aku nak cuti sekali sekala pun xbole. Well ramai xpecaye aku xde cuti. Percayalah bos aku suka kalau aku bekerja 365hari setahun. Aku ni pekerja cemerlang tau x. Hahaha. Lg dependekkan cerita, kedai terpaksa tutup awl because of me. Hahaha. Nampak x aku nie memainkan peranan yg sgt penting? Well xtau la kenape aku sgt perasan sgt. Hahaha. Jawapan sebenarnya because of lack of employee. 

So tadi aku yg bkk pintu kedai sbb dari hari jumaat aku yg pgg kunci. Bile aku masuk je, sakit hati bile tgk mcm tongkang pecah. What baru cuti sehari. Bukan forever & ever. Pg - pg bkk dah kene serbu. Nak je aku ckp, " xnampak ke aku baru bkk nieeeeee!!!! Bole balikkk duluuuu xxxxxx!!!! ". Siap customer ckp, " lambat bkk"?. Helloooo aku bkk kedai pukul 8 la nieee.... Nak bkkk kul 6 ker???. Dah la sakit mata then sakit hati pulak..... Pg - pg bibik dah memekak. Hish tension - tension. Aku dapat complain dr customer order semalam dowg terlupe nk buat. Hello kerja senang pun je kan. Kalau tau jd mcm nie hari ni, aku extend cuti aku. Mmg menyesal. Lama lama aku pun sakit jantung. Plg menyirap hati aku, aku mesej bos aku sbb aku x jumpe barang. Bole pulak bos aku reply ape tau, cari pakai tahi lalat ka? ha ha. Sakit hati giler tau x. Kak Timah bole gelak gelak pulak. Its not funny. Aku geram sgt aku pun reply ape yg aku rase. Sampai aku tertulis aku sggup cuti dari pergi kerja hari ni. Wrong timing nak gurau - gurau hari ni. Maaf Uncle J. 

Ok part ni aku mmg tergelak - gelak smpai sakit perut. Xtau la kalau sebenarnya x kelaka tp bg aku smpai bile - bile pun aku akan igt. Hahaha. Td si Uncle J bawak barang. Si Bibik tolong. Bole pulak dowg bergosip pasal aku senyap - senyap. Nasib baik bibik cerita. Cerita Bibik lebih kurang mcm ni

Uncle J : Bik, xtanya Nana ke semalam dye pergi mane ?

Bibik : Xtau bos. Xtanyaaa.. Kenapa bos xtanya sendiri ?

Uncle J : Xmauuuu ( slang Endon ) sambil geleng - geleng kepala.

Ok seriusly so funnyyyy. Well sejak bile bos aku sgt kepochiiiiii. Ckp aku pandai sibok hal org tp dye pun sama. Hahaha. Sila jgn ckp aku yg ajar. Kalau bende buruk je mesti dowg ckp aku yg ajar. Kuang asam tol. Mentang - mentang la mulut aku kepoh kecoh tp x semua bende boleh dikepohkan ok. Lain kali aku nak try cuti banyak sikit. Mmg hari - hari aku tension sbb semua bende nak harapkan aku. Why Why Why ???...  Dahla tue aku selalu jd mangsa keadaan. Why Why Why ???. What a life..


Rupe - rupe bos aku tetap x puas hati. Diam - diam mesej Hanim aku cuti pergi dating ke ? Ha Ha Ha. Bos bos ... 




Sunday, September 8, 2013

ViVa 1.0


Alhamdullillah impian aku utk memiliki kereta sendiri sudah tercapai. Bukan second hand tau. Aku booking dekat Perodua S2. Walaupun kereta kecik je tapi aku bersyukur. Malu kene ejek dgn bos & group cine kedai eksesori sbb pakai P. Hello aku ni baru je 2 bulan dapat lesen P. What do they expect? Parking pun x betul sgt. Reverse pun takut - takut. Banyak kali kene hon sbb buat jalan raya sendiri. Hahaha. Xkisahla janji dah ade kereta sendiri dgn duit sendiri. Disebabkan baru sekali aku bawak kereta manual ayah aku, so takutla nak drive sendiri mase dapat kereta walaupun kereta auto. Aku suruh Kak Timah yg bawak. Wah sgt honour dye merasmikan kereta baru aku. Siap celebrate makan kt Secret Recipe lagi. Mmg xtergambarkan perasaan aku mase tue. Nanti kowg dah adew kereta sendiri mesti faham.

So kecohla 1 kedai aku beli kereta. Ade mcm x pecaye aku mampu beli kereta sendiri. Ade yg igt aku beli kereta second hand. Hello. Tgk no plate kereta pun dah tau. Aku mungkin x kaya sgt tp dah setahun bekerja aku rase aku mampu nak memiliki kereta sendiri. Kalau x pecaye aku bole tunjuk geran kereta walaupun fotostat. Ye la lepas habis bayar hutang dgn bank barulah dpt ori punye. Tapi rasenye x perlulah nk menunjuk asalkan orang - orang terdekat je tau. Tapi itulah tahap pemikiran manusia nie susah nk betulkan. 

Sekarang ni dlm fikiran aku mulelah nak tukar mcm - mcm. Sport rim lah. Spoiler lah. Tapi itu semua memerlukan budget. Oh tidak!!!. Ape yg penting sahaja seperti TINTED. Hari ni aku pergi survey dekat kedai tinted yg aku dapat voucher 200 mase aku beli kereta. Sebelum tue aku dah survey kedai apex. Apex ckp dye bole bg 250. Ye la kawan punye harge. Aku pergi dekat kedai tinted tue plg murah tambah lg 550. Gile ke ape nk tinted mahal - mahal. Lebih baik aku simpan duit. So end up aku tinted dekat kedai apex. Apex suruh belanje rokok sbb dah tinted kereta aku mahal - mahal kononnye. Tapi aku ckp bulan depan je la sbb aku dah melabur dekat kedai dye. Td aku cerita dgn bos aku nk tuka sport rim kaler kaler tp kene marah. Alasannya kereta aku kecik x payah tukar sport rim. Ye la uncle, aku ni mampu pakai viva je. Dye tue mampu pakai BMW & HILUX. 



p/s : minyak kereta dah naik 20 sen. 
Dah pakai seminggu baru 2 bar je turun. 
Bos ckp, " kenape awak beli kereta nana? minyak dah naik 20 sen ".
Aku hanya mampu =.='


Monday, August 26, 2013

Jumpe RM 20


Ptg td sebelum balik aku jumpe RM 20 kat ats lantai kedai. Aku mmg xde niat nak amik duit tue sbb orang tue - tue ckp kalau kite amik duit bukan hak milik kita, nanti kita akan hilang barang yg berganda lg harganya. Mungkin orang akan akan ckp aku old fashion tp aku percaya bende - bende karut  itu semua. Mase si Asyraf hantar barang dulu, dye kutip RM 3 jumpe kat lantai. Aku ckp la x baik ambil duit yg bukan milik kita. Biaselah laki kan degil je lebih, so dye masukkan je duit tue dlm poket. Bile aku cerita dgn bos aku, si Uncle J bole pulak dye sokong statement si Asyraf ni. Bole pulak dye kate sbb dye kutip duit dye jumpe la, dye jadi kaya. Mmgla dah dye jumpe duit dye. Sengal punye bos. So, berbalik kpd cerita td, aku pun berfikir - fikir nak buat ape dgn RM 20.

1. Masukkan je RM 20 dlm cashbox mcm Kak Ain pernah buat tp Kak Timah ckp x bole 

2. Asingkan RM 20 sampai jumpe tuan dye balik. Tapi Kak Timah ckp mesti tuan dye x perasan       tuan dye ade cicir duit

3. Terfikir nak ganti barang bos sbb hari ni aku menyebabkan bos aku kerugian RM 9.40 sbb             terpecah barang. Huhuhu. " Aku hanya manusia biasa yg selalu membuat kesilapan. ".                   Astagfirrullah Al Azim aku nie, nasib baik aku x buat. Itu syaitan durjana hasut aku.

Last - last Kak Timah bg suggestion letak je RM 20 kat tabung derma. Aku ckp tabung derma yg ade kedai ni bukan betul sgt sbb kadang - kadang dowg ni menipu je. Tibe2 Kak Timah ckp ' itu antara dye dgn Tuhan '. Akhirnya aku membuat keputusan letak RM 20 kat tabung derma. Btl jgk. Biarlah niat di hati ikhlas nak menderma. 


p/s: mungkin hari ni Tuhan nak uji aku. Kan ?. 
Insya Allah aku x akan ambil barang yg bukan aku punye. 



p/s : Kak Timah suke la tue kite ade mention name dye kan :p



Wednesday, August 7, 2013

Rezeki 29 Ramadhan


Hari nie merupakan hari terakhir berpuasa & jgk hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti. Pagi - pagi bute pukul 7 pg bos aku si uncle J mesej suruh bukak kedai pukul 7.30. Aku dah la baru bgn pukul 7 uh. Nasib baik la adw si Hanim kejutkan aku. Kalau x bernanah telinga dgr bebelan si Uncle J. Uncle J oh Uncle J. Disebabkan hari mantai, kedai tutup dalam pukul 2.30 ptg. Sebelum balik, uncle J bg duit raya setiap seorang. Mmg dah seminggu tertunggu - tunggu sebenarya. Seminggu jgk berteka teki berapa banyakkah uncle J nak bg tahun nie. Hehehe. Siap tulis nama lg kat sampul raya. Amountnye RAHSIA tp yg plg penting amountnya lg banyak dari tahun lepas. Salam & cium tangan uncle J ckp, " Selamat Hari Raya Uncle. Maaf Zahir je Batin x bole ". Hehehe. Well, aku mmg pandai buat lawak kan sbb 1 kedai ketawa bile aku ckp mcm tue.

Paling x sangka aku dapat hamper raya utk pekerja cemerlang 2013. Hahahaha. Mmg x dsangka lgsung! Ingat bos aku si uncle J main - main je tp ternyata serius. Dahla dapat mcm - mcm lastly uncle J bg free 2 jenis biskut raya. Heaven betul. Minggu lepas bini Uncle J, Acik Wati bg telekung. Nak corak - corak warna pink tp dpt warna purple. Sedih. Kaler telekung x penting, yg penting solat tue wahai cik Nana. Apelah aku nie. Paling best Aunty V & Bibik bg duit raya kat aku. Yg lain x dapat, aku sowg je dapat. Hehehehehe. Papepun hari nie hari yg akan aku kenang sampai bile - bile. 

Tq uncle J, Aunty V & Bibik. Kenape Kak Timah, Kak Ain & Kak Su xnak bg aku duit raya!! Aku nie bawah umur lg tau! Single lg. Hahaha. 

Kepada yg lain, selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir je tau. Hehehehe.



Duit raya dr Uncle J







Duit raya dr Aunty V






Duit raya dr Bibik







Telekung dr Acik Wati








 Hamper Raya 2013 utk NANA !






p/s : adew sape lg nak bg duit raya kat aku x ? Hehehe


Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan ke 22

Hari ni merupakan Ramadhan yg ke-22. Maknanya tinggal lg 7 hari nak menyambut Hari Raya. Yeay!. Pejam pelik pejam pelik mcm sekejap je kan. Xsabar nak bercuti 5 hari dengan bergaji. Bulan Ramadhan tahun ni berbeza sedikit dr tahun lepas sbb malam - malam aku kerje dgn aunty V. Bulan puasa ni sume nak balik awl. Ye la kene masak kan. Aku ni sbb x kawen lg, so ade mak la yg masakkan. Hahaha. Nasib adew aunty V sanggup switch waktu kerja pg tukar ptg. Pukul 8 pulak bibik datang. Sejak 3 bulan lepas adw bibik buat part time. Bibik yg masakannya sgt sedap sehingga aku menyuruh membuat sambal belacan 1 tupperware. Tapi sehingga sekarang sambal belacan tu x habis akibat ketamakan. Pukul 6.45 aku kene tutup kedai & pukul 8 bukak balik. Letih sikit tapi best sbb dapat balik rumah. Mane nak dpt bos yg sporting gile waktu berbuka kedai tutup? Bgtau aku cepat!. Kalau tahun lepas kene tunggu bos aku si Uncle J dtg baru boleh balik. Tahun ni aku diberi kepercayaan. Ceh mcm poyo la pulak aku nie kan!

Sepanjang 22 hari berpuasa, baru 4 kali la aku pergi bazaar Ramadhan kat taman aku ni. Aku pergi first day puasa dgn kwn aku. Itupun sbb aku cuti. Punye lah ramai org + rambang mata. Last - last beli air mata kucing. Nampak sirap bandung kat bazar boleh pulak ajak kawan aku pergi beli susu cair & ais krim soda. Lebih baik aku buat sendiri. Lagi jimat + sedap. Dahla kat bazar ramai kenal aku. Hahaha. Femus x? Masing - masing promote suruh aku beli. Ceh. Ingat perut aku ni besar sgt ke nak makan sume sume tue? Hish. Lepas tue aku pergi dgn aunty V. Teringin nak makan nasi beriyani. Beli kat abg hensem tue. Then x sangka pulak dpt murtabak free dari sowg mamat Ikhwan tue. Mamat Ikhwan uh mmg regular customer. Sebaya tp pggl aku 'akak'. Kuang asam tol. Selalu kene paw nuget ngn aku. Hehehe. Aku ingatkan sekeping tp dlm tue 2 keping. Dahla dpt murtabak free then dpt nasi beriyani free lg kat sowg akak uh. Seriously mmg xdpt makan sbb perut aku dah full house. Latest aku pergi, nak makan nasi kukus + ayam dara tp xde rezeki HABISSS!!!. Sedih tau x! Dah kecewe sbb xtau nak beli ape. Cik Mat belanje keow teow basah. Rezeki rezeki. Aunty nak cari murtabak malangnya murtabak tinggal daging je. Ayam habis. Aunty x makan daging. So rekemen aunty beli roti john kat sowg regular customer nie. Seriously roti john dye paling sedap aku pernah rasa sepanjang aku hidup sbb kat dlm roti john dye tue adw mcm - mcm rempah. Roti john org lain xde secret recipe nie. Dye siap bgtau aku jgn bgtau org lain sbb aku dah tau rahsia dye. Hahahaha. Bile kteowg pergi bazaar, kteowg akan berbuke kat kedai. Nasib la bos aku si Uncle J x kisah.

Tinggal seminggu nak raya ni baju raya pun belum beli lg. Actually adew lg 2 helai baju kurung x berpakai lg pun. Mak aku dah membebel. X kire X kire nak shopping jgk. Huhuhuhu. I'm counting the day wif Kak Timah. Xsabar menjalankan operasi jahat bersama - sama lg. Hehehehe. Si Soya n Ana adew ajak aku g shopping KL TETAPI aku x boleh cuti sesuka hati sbb malam - malam aku sowg yg jage. Dowg x faham. Aku hanya free ahad mlm je. Ni aku tgh tunggu adk aku balik bercuti sbb kononnya nak buat chocolate chip cookies tuk raya nie. Entah angan - angan minah jenin ke ape nie. Hehehehe.

Semoga malam - malam terakhir Ramadhan nie kite buat amal banyak - banyak! Orang ckp jika doa kita jatuh pada malam Lailatur Qadar doanya akan dimakbulkan Allah. Amin. Siapa tahu Ramadhan terakhir kan! Bile aku cerita bos ckp aku buang tebiat. Buang tebiat kejadahnya! Aku belum nak mati lg la. Hahaha. Ayat manis nak limau kasturi free. Hehehe. Ohhh lupe nak ckp nama baru yg diberi oleh bos aku ialah Nana Kasturi. Sbb aku suka sgt amik limau kasturi free & buat sirap limau kasturi. Dowg dah bg peringatan keburukan kekerapan meminum limau kasturi tp X KIRE X KIRE NAK JUGAK!


p/s: Ptg td dpt panggilan....  I"M WAITING FOR GOOD NEWS..... CAN'T WAIT !!!! HOPEFULLY !!!! AMIN !!!



Tuesday, July 23, 2013

Muncul Kembali

Assalamualaikum kepada pembaca pembaca sekalian.

Mintak maaf sbb lame menghilang. Ceh adw pembace ke? Mesti la adw kan walaupun x femus. Walaupun sudah berbulan – bulan tugas aku sbg pengganti Kak Ain sudah berakhir namun aku ttp malas nk update blog. Padahal mcm – mcm drama Sinetron yg berlaku sepanjang 2 bulan ketiadaan Kak Ain & Kak Timah. Conclusionnya, I’m still can survive without them. Cewahh bunyi mcm riak kan tp bukan itu maksud aku. Maksud tersirat aku ialah kadang – kadang kita mesti berdikari tanpa disuap sepanjang masa. Sape x fhm buat2 fhm je la. Bia aku sowg je fhm. Insyallah lepas nie aku akan selalu update sbb rumah aku dah adew wifi. Yeay. Wifi nie aku baya pakai duit gaji aku tau. Saje pilih wifi maxis sbb murah n kat rumah aku nie mmg adw line. Terkejut jgk bile nama aku diblacklist dari langgan maxis sbb x baya bertahun tahun hutang postpaid sebanyak 60hinggit. Ish Maxis nie xbole ke nak halalkan je? 

Adakah aku masih kerja di tempat lame? Jawapannya ialah YAAAA. Mungkin tiada rezeki lg kan, Mungkin jgk aku pekerja setia. Keh Keh Keh. Actually lebih kepada malas sebenarnya. Kalau dpt tempat jauh - jauh kene fikir berjuta juta kali dulu. Tp adew mulut – mulut jahat ckp sbb aku syg bos aka uncle sbb tue aku x nak cari kerja lain. Nak kene cili mulut pakai cili api nie. Dowg xtau aku dah terlebih bersabar dgn perangai bos aku tue. Telan & buat2 pekak je bende2 yg pahit nie. Terlalu banyak pilih kasih. Sabar sabar wahai Liyana. Biarlah aku sowg yg rasa. Ikut dowg la nak ckp ape, aku x kisah langsung pun. Aku yg kerja bukan dowg pun kan. 

Aku nak cerita beberapa minggu yg lepas adew salah faham berlaku di tempat kerja aku. Ade la pekerja ni kan ( nama dirahsiakan ) hobinya mmg suka menceritakan keburukan org. Kalau cerita betul xpe ni x, adew tokok tambah. Adew pulak rekaan semata- mata. Rasanya sume dah tau la perangainya mmg mcm tue. Tapi plg menyedihkan & menyakitkan hati aku, die nie adew buat cerita pasal aku. Masalahnya isu tue xde kaitan lgsung dgn dye!. So dye nie yg xde kaitan langsung pergi la mengadu ngn Kak Ain. Kak Ain pun percaya bulat – bulat apa yg dikatakan sampai xnak tegur aku sehari tue. Esok tue Kak Ain baru la cerita perkara yg sebenar. Aku terkejut & sedih jgk la Kak Ain boleh terpengaruh dgn kata – kata dye ni. Sepatutnya Kak Ain nie lebih percayakan aku sbb aku nie dah lame keje ngn dye. Aku pun meluahkan isi hati aku kat pekerja – pekerja lain. Nasib baik yg lain sokong aku dari dye ni. Ikutkan hati aku mmg x puas hati. Tp aku hormat sbb dye nie lg tua dari aku. Aku xtau ape yg dye cemburu sgt kat aku. Aku pun x pernah dengki ngn dye nie. Hati dye x tenang kalau aku senang ke ape entahla. Beberapa hari x bertegur sapa dye mula nak bercakap dgn aku. Sepatutnya aku ni yg xnak ckp ngn dye sbb dye buat cerita buruk pasal aku. Aku pun malas la nak panjangkan hal nie sbb 1 tempat kerja kan. Aku nie  boleh ke lama - lama xbercakap dgn org. Terbaru aku dpt tau dye buat cerita lg. Malas aku nk layan. Ikut suka dye la. Harap - harap perangai buruk dye tue boleh diubah sebelum terlambat.

Aku dah adew lesen P. Terkejut kan. Penat tau nak simpan rahsia 2 bulan nie dari sume org. Xkisahlah umur 23 dah adw lesen yg penting aku dah P. Hoyehhhh. Terkejut dowg aku pergi amik lesen kete senyap – senyap. Orang tua tua kata diam diam ubi berisi. Jangan jadi tin kosong bunyi je lebih. Lebih baik aku lulus dulu baru kecoh kat sume org. Kalau x malu & mesti diketawakan oleh org lain. Soalan yg paling femus setakat ni “ bila nana belajar ?”. Aku kan shift ptg, pg tue la aku g belajar kereta. Aku bertuah sbb mase test jalan raya aku dpt abg jpj yg tersangat sporting + kacak. Abg jpj tue tutupkan mata je bila aku buat kesalahan – kesalahan kecik. Dah la aku nervous boleh pulak dye ajak berbual – bual. Tanya itu Tanya ini. Plg non sense, dye suruh aku menyanyi. What? Alasan radio dlm kereta xadw. Aku layankan je. Nasib la dgr suara aku x sedap. Bila aku Tanya sedap ke x. Jpj tue jawab bolehla. Siap nyanyi 3 lagu lg. Tapi lompat lompat la aku nyanyi. Mane la nak igt lirik mase nervous. Mungkin org lain kata x adil tp itu mmg dah rezeki aku. Lepas lulus aku try la bwk kereta ayah aku manual. Ternyata mmg berbeza skali dari kancil sbb clutch kereta saga kedlm. Mmg skali je la aku try. Lepas tue aku dah malas dah. Nanti ape - ape yg berlaku x pasal - pasal kene marah ngn ayah aku.

Bulan lepas mak ngah aku meninggal dunia sbb kencing manis + darah tinggi. Sedih jgk sbb masa kat hospital xdpt tgk. Maafkanlah anak buahmu ini. Segala budi baik akan dikenang sampai mati. Itulah asik dgn kerja je. Tapi x kerja xde duit. Mmgla org ckp duit tue xbole dibawa sampai mati. Orang pun ckp duit tue hanya harta yg dipinjam sementara oleh Allah TAPI. Bile aku fikir fikir balik kan bile dah mati pun perlukan duit jgk sbb nanti dah mati perlukan duit utk kain kapan n bende2 lain, van jenazah, upah penggali kubur n batu nisan. Kalau boleh xnak la menyusahkan org lain. Paling takut bile adew hutang duit lg belum selesai. Ceita pasal hutang duit, alhamdullillah hutang mara aku yg 30K tue dikurangkan kpd 6K sahaja. 1K sudah selesai tinggal lg 5K. Maaf tentang kekhilafan aku. Aku sekadar beri pandangan. Selagi kudrat masih terdaya aku akan terus mencari rezeki halal. Cewahhh. Kepoyoan la pulak. So tahun nie merupakan tahun pertama raya tanpa makngah & atuk. Atuk pulak meninggal September tahun lepas. Siapa sangka tahun lepas tahun terakhir sambut raya bersama mereka kan?

Baru - baru nie aku Iftar bersama Kak Timah di sebuah restoran Chinese Muslim di City Park. Biaselah bulan Ramadhan selalunya restoran buat buffet. Buffet restoran nie hanya sampai pukul 9. Aku pun fikirlah sempat ke nk makan sume makanan kalau sampai pukul 9? Guess what pukul 8 lebih aku dah give up nak makan sbb terlampau kenyang. Makanan pulak sume sedap - sedap sampai tambah 2x. In the end x abs. Adew kuih muih yg x sempat nk makan pun. So silalah jangan tamak. Aku pun fikir kalau makan buffet kat hotel mmg pembaziran. Walaupun mcm - mcm adew tp aku rase x sume bole makan sbb perut manusia mmg adew had. Xberbaloi spent RM100++ semata mata utk makanan. So si Soya, Nad, & Ana bila nak iftar bersama kowg semua pulak? Aku hanya free setiap hari Ahad sahaja sepanjang Ramadhan nie. Hehehehehe.

Setakat inilah aku membebel. Nak cerita panjang lebar nanti letih pulak kowg nak baca pulak kan. Hehehehe. Tangan aku pulak mmg dah letih menaip dari td. Besok besok je la aku sambung. Mandi pun belum lg sbb leka ngn laptop sejak balik kerja. Hehehe. Nanti tunggu update aku yg seterusnya. Bye.