Sudah lama sangat aku teringin giler nak makan mee rojak yg sedap mcm Alim Corner. Alim Corner ialah sebuah kedai mamak yg terletak di bawah hostel aku dulu. Di mane aku nak mencari kedai mamak yg menjual mee rojak yg sedap? Di sini kedai mamak yg sgt - sgt femus ialah Wazer. Pergi bunuh diri org Seremban kalau x pernah pergi Wazer. Ha Ha Ha.
Rupanya Wazer hanyalah indah khabar dari rupa. Mee rojaknya tidaklah sesedap mane. Aku dah pergi makan bulan lepas. Dahla x beberapa sedap, aku ckp ngn Ane tue aku xnak tahu putih tapi aku nak kueh lebih. Tapi boleh pulak Ane bg aku semua tahu putih. Xke menyirap rasenye darah nie? Ha Ha Ha. Boleh mengadu ngn bos nye aku nk tahu putih semua. Nasib baik aku ade bawak translator bole ckp bahasa Tamil. The last part aku bole tinggal kunci kereta kat atas meja. Boleh pulak gembira merayau - rayau bersama - sama di Family Store. Mase nak balik baru perasan kunci kereta xade & teringat letak meja. Nasib baik jugak Ane tue mengaku simpankan kunci kereta aku. Kalau x? Kene jalan kaki balik rumah amik duplicate. Tapi fikir jgk kat kunci kereta ade skali kunci rumah. Kenapakah aku begitu cuai? Itulah sumpahan supaya aku jgn makan mee rojak di Wazer lg. Ha Ha Ha
Tidak puas hati sbb perut ini belum dpt mee rojak yg sedap.Wifi di tempat kerja mari kita manfaatkan dgn meng'google' mee rojak yg sedap di Seremban ini. Rupa - rupanya adw di Haji Shariff Cendol. Aku igt jual cendol je tp ade mee rojak skali. Kesian giler kat diri sendiri sbb x pernah pergi. Abaikan. So hari ni hajat aku tertunai. HUYEHHHH!!!. Perut menyanyi kegembiraan tetapi masih lagu Rossa yg kelua. He He He. Aku ckp kat Ane tue, " xnak telur, xnak tahu putih, lebihkan kueh ". Banyakla punya demand. Ane tue mampu senyum je. Makan bersama cendol kacang merah lg heaven. Lg heaven rasenye bila ade orang belanjerrrr. Terharu. Even mee rojak + cendol sahaja tetapi aku tetap terharu. Kan dah ckp aku ni seorang yg mudah terharu. Ha Ha Ha. Sudah percaye ?
Sepatutnye amik gamba makanan sebelum makan
Ini x, ade ke selepas makan? Licin oiii..
APTB =.='
No comments:
Post a Comment