Tadi aku telefon kerani. Bertanyakan baki AL ( Annual Leave ) aku. Masih berbaki 4 hari. Rupenye banyak lagi. Aku mesti habiskan 4 hari tersebut sebelum bulan 1. So aku pun buat plan nak bercuti panjang masa Krismas nanti. Aku perlu merehatkan fizikal & mental aku setelah sekian lama tidak bercuti. Lagipun aku dapat membayangkan kerja yang sebegitu banyak yang sedia menanti aku Krismas nanti. Aku dapat membayangkan kestressan yang akan melanda. Oh No.
So sudah 2 kali aku cakap ngn bos aku si Uncle J aku nak habiskan AL aku. Paling latest hari ni. Guess what beliau masih cakap bende yang sama. CUTI AKU DIBEKUKAN. Oh no. Who is he nak bekukan cuti aku sesuka hati. Well aku tau beliau ialah seorang bos tapi aku bukan nak ponteng kerja. Aku nak tengok how they are gonna to live without me for 4 days. Satu hari aku cuti pun mesti keesokannya aku masuk kerja dengan dahi yang berkerut yang bermaksud ada something wrong dengan semalam. Alasan bos aku x bagi aku cuti ialah company akan bayar AL aku yang berbaki 4 hari.
Sekarang aku ada 2 pilihan :
Pilihan pertama sama ada aku tetap berdegil cuti. Pernah sekali aku amik cuti tanpa AL sebab aku nak test jpj. First day Ramadan. Aku xbgtau sape - sape pun aku cuti sebab apa. How dare beliau ugut nak gantung kerja aku sebab aku nak cuti. Bos Bos. Berani nak gantung kerja pekerja cemerlang macam aku ni. Ha Ha Ha.
Pilihan kedua ialah aku tetap bekerja memandangkan beliau sudi nak membayar AL aku. Bekerja bermaksud aku mencari penyakit stress. Hai siapakah yang sudi mendengar luahan perasaan aku memandangkan orang yang selalu mendengar akan pergi meninggalkan aku bulan ini. Feel sorry for myself. Kadang - kadang duit bukanlah segalanya - galanya walaupun dengan duit kita boleh membuat macam - macam.
Aku nak pilihan ketiga tetapi mungkin Allah masih meletakkan aku di sini. Bukan tidak ada yang datang tapi terpaksa tolak atas sebab - sebab yang sangat munasabah. Oleh itu aku masih di sini menunggu peluang yang sesuai untuk disambar. Kadang - kadang aku terfikir mungkin setiap hari bos aku berdoa supaya aku sentiasa setia di sisinya. Sebab itu aku terpaksa tolak yang lain. Ha Ha Ha. Aku taip ni pun sangat geli. Naik bulu roma.
Pening pening & sangat memeningkan kepala memikirkan hal ini. Pilihan ketiga cepatlah datang. Aku tidak mahu memilih pilihan pertama atau kedua. Kejap power in my hand or him ? *Pengsan*
------------------>>>>>>>>>>>> AL cerita I
------------------>>>>>>>>>>>> AL cerita I
No comments:
Post a Comment