Hari ni budak shift petang memang murah rezeki dari petang sampai ke malam. Rezeki hari jumaat. Macam - macam makanan la kteowg dapat customer bagi. Kenyang perut suka hati. Siapa sangka malam ni dapat durian dari Uncle Chan @ uncle sayur setelah berhari - hari xdatang kedai. Semalam bos aku si Uncle J sampai telefon Uncle Chan suruh aku cakap sendiri dengan Uncle Chan. Sebab aku tuduh bos aku marah Uncle Chan sampai Uncle Chan merajuk. Ha Ha Ha. Padahal Uncle Chan xde supply. Selalu lepas cek sayur, aku sambung kerja aku balik. Tibe - tibe Uncle Chan paggil aku sebab nak bagi durian. Mule - mule Uncle Chan bg sebiji suruh kongsi 3 orang. Tibe - tibe keluarkan banyak lagi. Wah wah rambang mata nak pilih mane satu. Tidak menghiraukan orang sekeliling sebab aku, Kak Timah & Bibik berebut - rebut pilih durian. Kalau flashback memang memalukan. Nasib baik bos belum datang. Hi Hi Hi. End up aku dapat 4 biji durian. Kak Timah & Bibik 3 biji. Sebab aku pekerja paling muda, aku kene dapat lebih dari orang lain. Tidak lupa bos aku punya 4 biji. Last kopek. Ha Ha Ha.
Balik rumah adik aku merengek suruh bukak durian. Mule - mule malas nak layan sebab aku x reti & x pernah kopek durian. Tapi si Peah ni berjaya pujuk aku.
Adik : Kaklong, ko kopek la durian. Ko kan sado.
Aku : Sado ? Apa tu ?
Adik : Tough.
Ok. Banyak kali adik aku cakap aku ni tough. Dye cakap sikit hari nanti aku ade muscle. Lawak betul. So beberapa kali error aku berjaya kopek durian. Yeay. Bangga dengan diri sendiri. Terkeluar urat tangan aku sebab kopek durian. Susah jugak rupanya nak buat. Tapi sebelum berjaya aku tidak sengaja tercalarkan tile dapur mak aku dengan parang. Siap pesan dengan adik aku jangan bagitau mak aku sebab takut mak aku membebel. Mampu tulis kat sini je. He He He. Maaf Mak. Harap Mak x perasan. Kuang asam punye anak. So sebiji durian habis licin dimakan oleh 2 orang. Sekarang perut aku kembung sebab dah macam - macam makan. Bila - bila fikir balik aku pun x ingat bila last aku makan durian. Rasa macam dah bertahun - tahun x makan durian. Terima kasih Uncle Chan.
sedap tu..
ReplyDeletesedap nye doyan :)
ReplyDelete