Semalam aku mendengar lagi kisah yang sama
Dulu aku marah. Aku geram. Aku sedih
Kini aku tidak lagi merasa apa - apa.
Aku hanya mampu tersenyum sendiri
Terima kasih bagi aku pahala
Kerana sesuatu yang tidak benar
Mulut tempayan tidak akan boleh ditutup
Inikan pula mulut manusia
Aku tidak boleh membalas
Apatah lagi menghukum
Aku tahu Tuhan itu ada
Biarlah Tuhan sahaja yang menjadi hakim
Aku hanya boleh berdoa
supaya aku tidak menjadi seperti mereka
Aku hanya boleh berdoa
supaya aku tidak menjadi seperti mereka
Aku tidak perlu berubah
untuk paksa orang lain suka aku
Aku tidak perlu bermuka - muka
hanya untuk meraih perhatian orang lain
Aku juga tidak perlu berwayang cina
Aku juga tidak perlu berwayang cina
semata - mata untuk puaskan hati semua pihak
Apa yang aku hanya tahu
Aku perlu sentiasa menjadi diri aku sendiri
Mungkin aku hanya pandai nampak orang lain
Tidak akan kekurangan aku sendiri
Teguri aku kerana aku tahu aku tidak sempurna
Aku akan menerimanya dengan lapang dada
Tetapi mengapa perlu ulangi perangai yang sama ?
Sengaja ?
Atau manusia sememangnya tidak boleh berubah ?
Aku sudah tidak bermaya lagi
Tapi ku gagahkan jua
Melawan segala anasir - anasir jahat dengan sisaku yang terakhir
Bukan aku tidak mencuba dengan sedaya upaya
Tapi entah kenapa aku masih diletakkan di sini
Sedangkan DIA yang paling faham isi hati aku
Sehingga sekarang aku masih tercari - cari jawapannya
Apakah hikmah di sebalik ujian ini ?
Aku cuma menunggu masa untuk semua ini berakhir
Ya Allah, tolong bantu hambamu yang lemah ini...

No comments:
Post a Comment