Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan ke 22

Hari ni merupakan Ramadhan yg ke-22. Maknanya tinggal lg 7 hari nak menyambut Hari Raya. Yeay!. Pejam pelik pejam pelik mcm sekejap je kan. Xsabar nak bercuti 5 hari dengan bergaji. Bulan Ramadhan tahun ni berbeza sedikit dr tahun lepas sbb malam - malam aku kerje dgn aunty V. Bulan puasa ni sume nak balik awl. Ye la kene masak kan. Aku ni sbb x kawen lg, so ade mak la yg masakkan. Hahaha. Nasib adew aunty V sanggup switch waktu kerja pg tukar ptg. Pukul 8 pulak bibik datang. Sejak 3 bulan lepas adw bibik buat part time. Bibik yg masakannya sgt sedap sehingga aku menyuruh membuat sambal belacan 1 tupperware. Tapi sehingga sekarang sambal belacan tu x habis akibat ketamakan. Pukul 6.45 aku kene tutup kedai & pukul 8 bukak balik. Letih sikit tapi best sbb dapat balik rumah. Mane nak dpt bos yg sporting gile waktu berbuka kedai tutup? Bgtau aku cepat!. Kalau tahun lepas kene tunggu bos aku si Uncle J dtg baru boleh balik. Tahun ni aku diberi kepercayaan. Ceh mcm poyo la pulak aku nie kan!

Sepanjang 22 hari berpuasa, baru 4 kali la aku pergi bazaar Ramadhan kat taman aku ni. Aku pergi first day puasa dgn kwn aku. Itupun sbb aku cuti. Punye lah ramai org + rambang mata. Last - last beli air mata kucing. Nampak sirap bandung kat bazar boleh pulak ajak kawan aku pergi beli susu cair & ais krim soda. Lebih baik aku buat sendiri. Lagi jimat + sedap. Dahla kat bazar ramai kenal aku. Hahaha. Femus x? Masing - masing promote suruh aku beli. Ceh. Ingat perut aku ni besar sgt ke nak makan sume sume tue? Hish. Lepas tue aku pergi dgn aunty V. Teringin nak makan nasi beriyani. Beli kat abg hensem tue. Then x sangka pulak dpt murtabak free dari sowg mamat Ikhwan tue. Mamat Ikhwan uh mmg regular customer. Sebaya tp pggl aku 'akak'. Kuang asam tol. Selalu kene paw nuget ngn aku. Hehehe. Aku ingatkan sekeping tp dlm tue 2 keping. Dahla dpt murtabak free then dpt nasi beriyani free lg kat sowg akak uh. Seriously mmg xdpt makan sbb perut aku dah full house. Latest aku pergi, nak makan nasi kukus + ayam dara tp xde rezeki HABISSS!!!. Sedih tau x! Dah kecewe sbb xtau nak beli ape. Cik Mat belanje keow teow basah. Rezeki rezeki. Aunty nak cari murtabak malangnya murtabak tinggal daging je. Ayam habis. Aunty x makan daging. So rekemen aunty beli roti john kat sowg regular customer nie. Seriously roti john dye paling sedap aku pernah rasa sepanjang aku hidup sbb kat dlm roti john dye tue adw mcm - mcm rempah. Roti john org lain xde secret recipe nie. Dye siap bgtau aku jgn bgtau org lain sbb aku dah tau rahsia dye. Hahahaha. Bile kteowg pergi bazaar, kteowg akan berbuke kat kedai. Nasib la bos aku si Uncle J x kisah.

Tinggal seminggu nak raya ni baju raya pun belum beli lg. Actually adew lg 2 helai baju kurung x berpakai lg pun. Mak aku dah membebel. X kire X kire nak shopping jgk. Huhuhuhu. I'm counting the day wif Kak Timah. Xsabar menjalankan operasi jahat bersama - sama lg. Hehehehe. Si Soya n Ana adew ajak aku g shopping KL TETAPI aku x boleh cuti sesuka hati sbb malam - malam aku sowg yg jage. Dowg x faham. Aku hanya free ahad mlm je. Ni aku tgh tunggu adk aku balik bercuti sbb kononnya nak buat chocolate chip cookies tuk raya nie. Entah angan - angan minah jenin ke ape nie. Hehehehe.

Semoga malam - malam terakhir Ramadhan nie kite buat amal banyak - banyak! Orang ckp jika doa kita jatuh pada malam Lailatur Qadar doanya akan dimakbulkan Allah. Amin. Siapa tahu Ramadhan terakhir kan! Bile aku cerita bos ckp aku buang tebiat. Buang tebiat kejadahnya! Aku belum nak mati lg la. Hahaha. Ayat manis nak limau kasturi free. Hehehe. Ohhh lupe nak ckp nama baru yg diberi oleh bos aku ialah Nana Kasturi. Sbb aku suka sgt amik limau kasturi free & buat sirap limau kasturi. Dowg dah bg peringatan keburukan kekerapan meminum limau kasturi tp X KIRE X KIRE NAK JUGAK!


p/s: Ptg td dpt panggilan....  I"M WAITING FOR GOOD NEWS..... CAN'T WAIT !!!! HOPEFULLY !!!! AMIN !!!



Tuesday, July 23, 2013

Muncul Kembali

Assalamualaikum kepada pembaca pembaca sekalian.

Mintak maaf sbb lame menghilang. Ceh adw pembace ke? Mesti la adw kan walaupun x femus. Walaupun sudah berbulan – bulan tugas aku sbg pengganti Kak Ain sudah berakhir namun aku ttp malas nk update blog. Padahal mcm – mcm drama Sinetron yg berlaku sepanjang 2 bulan ketiadaan Kak Ain & Kak Timah. Conclusionnya, I’m still can survive without them. Cewahh bunyi mcm riak kan tp bukan itu maksud aku. Maksud tersirat aku ialah kadang – kadang kita mesti berdikari tanpa disuap sepanjang masa. Sape x fhm buat2 fhm je la. Bia aku sowg je fhm. Insyallah lepas nie aku akan selalu update sbb rumah aku dah adew wifi. Yeay. Wifi nie aku baya pakai duit gaji aku tau. Saje pilih wifi maxis sbb murah n kat rumah aku nie mmg adw line. Terkejut jgk bile nama aku diblacklist dari langgan maxis sbb x baya bertahun tahun hutang postpaid sebanyak 60hinggit. Ish Maxis nie xbole ke nak halalkan je? 

Adakah aku masih kerja di tempat lame? Jawapannya ialah YAAAA. Mungkin tiada rezeki lg kan, Mungkin jgk aku pekerja setia. Keh Keh Keh. Actually lebih kepada malas sebenarnya. Kalau dpt tempat jauh - jauh kene fikir berjuta juta kali dulu. Tp adew mulut – mulut jahat ckp sbb aku syg bos aka uncle sbb tue aku x nak cari kerja lain. Nak kene cili mulut pakai cili api nie. Dowg xtau aku dah terlebih bersabar dgn perangai bos aku tue. Telan & buat2 pekak je bende2 yg pahit nie. Terlalu banyak pilih kasih. Sabar sabar wahai Liyana. Biarlah aku sowg yg rasa. Ikut dowg la nak ckp ape, aku x kisah langsung pun. Aku yg kerja bukan dowg pun kan. 

Aku nak cerita beberapa minggu yg lepas adew salah faham berlaku di tempat kerja aku. Ade la pekerja ni kan ( nama dirahsiakan ) hobinya mmg suka menceritakan keburukan org. Kalau cerita betul xpe ni x, adew tokok tambah. Adew pulak rekaan semata- mata. Rasanya sume dah tau la perangainya mmg mcm tue. Tapi plg menyedihkan & menyakitkan hati aku, die nie adew buat cerita pasal aku. Masalahnya isu tue xde kaitan lgsung dgn dye!. So dye nie yg xde kaitan langsung pergi la mengadu ngn Kak Ain. Kak Ain pun percaya bulat – bulat apa yg dikatakan sampai xnak tegur aku sehari tue. Esok tue Kak Ain baru la cerita perkara yg sebenar. Aku terkejut & sedih jgk la Kak Ain boleh terpengaruh dgn kata – kata dye ni. Sepatutnya Kak Ain nie lebih percayakan aku sbb aku nie dah lame keje ngn dye. Aku pun meluahkan isi hati aku kat pekerja – pekerja lain. Nasib baik yg lain sokong aku dari dye ni. Ikutkan hati aku mmg x puas hati. Tp aku hormat sbb dye nie lg tua dari aku. Aku xtau ape yg dye cemburu sgt kat aku. Aku pun x pernah dengki ngn dye nie. Hati dye x tenang kalau aku senang ke ape entahla. Beberapa hari x bertegur sapa dye mula nak bercakap dgn aku. Sepatutnya aku ni yg xnak ckp ngn dye sbb dye buat cerita buruk pasal aku. Aku pun malas la nak panjangkan hal nie sbb 1 tempat kerja kan. Aku nie  boleh ke lama - lama xbercakap dgn org. Terbaru aku dpt tau dye buat cerita lg. Malas aku nk layan. Ikut suka dye la. Harap - harap perangai buruk dye tue boleh diubah sebelum terlambat.

Aku dah adew lesen P. Terkejut kan. Penat tau nak simpan rahsia 2 bulan nie dari sume org. Xkisahlah umur 23 dah adw lesen yg penting aku dah P. Hoyehhhh. Terkejut dowg aku pergi amik lesen kete senyap – senyap. Orang tua tua kata diam diam ubi berisi. Jangan jadi tin kosong bunyi je lebih. Lebih baik aku lulus dulu baru kecoh kat sume org. Kalau x malu & mesti diketawakan oleh org lain. Soalan yg paling femus setakat ni “ bila nana belajar ?”. Aku kan shift ptg, pg tue la aku g belajar kereta. Aku bertuah sbb mase test jalan raya aku dpt abg jpj yg tersangat sporting + kacak. Abg jpj tue tutupkan mata je bila aku buat kesalahan – kesalahan kecik. Dah la aku nervous boleh pulak dye ajak berbual – bual. Tanya itu Tanya ini. Plg non sense, dye suruh aku menyanyi. What? Alasan radio dlm kereta xadw. Aku layankan je. Nasib la dgr suara aku x sedap. Bila aku Tanya sedap ke x. Jpj tue jawab bolehla. Siap nyanyi 3 lagu lg. Tapi lompat lompat la aku nyanyi. Mane la nak igt lirik mase nervous. Mungkin org lain kata x adil tp itu mmg dah rezeki aku. Lepas lulus aku try la bwk kereta ayah aku manual. Ternyata mmg berbeza skali dari kancil sbb clutch kereta saga kedlm. Mmg skali je la aku try. Lepas tue aku dah malas dah. Nanti ape - ape yg berlaku x pasal - pasal kene marah ngn ayah aku.

Bulan lepas mak ngah aku meninggal dunia sbb kencing manis + darah tinggi. Sedih jgk sbb masa kat hospital xdpt tgk. Maafkanlah anak buahmu ini. Segala budi baik akan dikenang sampai mati. Itulah asik dgn kerja je. Tapi x kerja xde duit. Mmgla org ckp duit tue xbole dibawa sampai mati. Orang pun ckp duit tue hanya harta yg dipinjam sementara oleh Allah TAPI. Bile aku fikir fikir balik kan bile dah mati pun perlukan duit jgk sbb nanti dah mati perlukan duit utk kain kapan n bende2 lain, van jenazah, upah penggali kubur n batu nisan. Kalau boleh xnak la menyusahkan org lain. Paling takut bile adew hutang duit lg belum selesai. Ceita pasal hutang duit, alhamdullillah hutang mara aku yg 30K tue dikurangkan kpd 6K sahaja. 1K sudah selesai tinggal lg 5K. Maaf tentang kekhilafan aku. Aku sekadar beri pandangan. Selagi kudrat masih terdaya aku akan terus mencari rezeki halal. Cewahhh. Kepoyoan la pulak. So tahun nie merupakan tahun pertama raya tanpa makngah & atuk. Atuk pulak meninggal September tahun lepas. Siapa sangka tahun lepas tahun terakhir sambut raya bersama mereka kan?

Baru - baru nie aku Iftar bersama Kak Timah di sebuah restoran Chinese Muslim di City Park. Biaselah bulan Ramadhan selalunya restoran buat buffet. Buffet restoran nie hanya sampai pukul 9. Aku pun fikirlah sempat ke nk makan sume makanan kalau sampai pukul 9? Guess what pukul 8 lebih aku dah give up nak makan sbb terlampau kenyang. Makanan pulak sume sedap - sedap sampai tambah 2x. In the end x abs. Adew kuih muih yg x sempat nk makan pun. So silalah jangan tamak. Aku pun fikir kalau makan buffet kat hotel mmg pembaziran. Walaupun mcm - mcm adew tp aku rase x sume bole makan sbb perut manusia mmg adew had. Xberbaloi spent RM100++ semata mata utk makanan. So si Soya, Nad, & Ana bila nak iftar bersama kowg semua pulak? Aku hanya free setiap hari Ahad sahaja sepanjang Ramadhan nie. Hehehehehe.

Setakat inilah aku membebel. Nak cerita panjang lebar nanti letih pulak kowg nak baca pulak kan. Hehehehe. Tangan aku pulak mmg dah letih menaip dari td. Besok besok je la aku sambung. Mandi pun belum lg sbb leka ngn laptop sejak balik kerja. Hehehe. Nanti tunggu update aku yg seterusnya. Bye.