Wednesday, January 29, 2014

Aku Perasan


Kadang - kadang kita tidak tahu dan tidak perasan yang sebenarnya kita nie diperhatikan oleh orang lain secara senyap - senyap. Mungkin kita bukan artis terkenal yang paparazzi sibok nak stalk lepas tue kelua kat paper tulis macam - macam gosip. Tapi percayalah walaupun aku hanya manusia biasa yang bekerja biasa seperti orang lain, kelakuan & perbuatan aku selalu diperhatikan oleh orang lain. Tidak tahu pulak aku sefemus macam tue. Ha Ha Ha. Perasan gila la. Mungkin sebab dah kerja aku jumpa customer yang sama setiap hari.

So tadi seorang customer, abg Re yang duduk seberang jalan cakap kat aku. " ADA SATU KERETA VIVA HITAM KALAU REVERSE MACAM LORI. LEPAS TU MENONONG PERGI. ". Well abg Re cakap pasal me la kan. Xtau pulak aku reverse kereta macam lori. Lawak gila. Aku pun sebenarnya xfaham maksud tersurat & tersirat beliau.

Itu baru abg Re belum lagi orang lain. Entah apa - apa komen la yang aku dapat. Pasal reverse kereta pun dapat komen. Susah betul jadi orang femus S2 nie. Ha Ha 

Tuesday, January 28, 2014

Taiping


Lagi 3 Hari kami bertiga akan ke Taiping buat kali ke-2

Menariknya kami akan balik hari sahaja sebab keesokan harinya aku akan bekerja seperti biasa.

Mungkin kedengaran gila tapi percayalah banyak lagi kegilaan yang aku dah pernah buat

Daoakan kami pergi & balik dengan selamat. AMIN.

Doakan juga aku akan jadi pemandu berhemah 

Fara W. Tunggu kami datang ok. 

Friday, January 24, 2014

Si Hitam & Si Putih






Maaf
Si Hitam & Si Putih tidak akan mungkin bersatu
Bagaikan kutub utara & kutub selatan
Siapalah si Hitam yang kecil & molek
berbanding si Putih yang dipandang ramai





p/s : owner kereta tau memang kena 'tiau'. Ha Ha Ha


Thursday, January 23, 2014

Merajuk


Bila merajuk dengan bos, aku akan diam seribu bahasa. Jalan penyelasaian terakhir malas nak bertegang urat menghabiskan air liur bergaduh dengan bos aku. Dah setahun lebih kerja mesti dia faham perangai aku. Kalau dye tanya sepatah. Sepatah jugak aku akan terpaksa jawab. Tanda protes. Tanda tidak puas hati. Mesti bos aku annoying giler sebab aku sepatah haram xrespon langsung apa yang bos aku cakapkan. Padan muka. Geram giler dengan bos aku. Walaupun beliau seorang bos tapi bos bukan seorang malaikat yang sentiasa betul. Setiap kali merajuk dalam hati mesti cakap, " xpe xpe tunggu dapat kerja lain ". Then bila dah dapat mesti macam berat hati nak berhenti. " Gaji x banyak la. Jauh la ". Etc etc. Tapi memang betul pun. Bila orang tanya apa azam tahun baru. Aku akan cakap " aku nak tinggalkan bos aku ". Ha Ha Ha. Mesti kene gelak. Sekarang ada elaun kedatangan penuh. Agak - agak company ade offer ni x ? He He He.

Tahun Baru


Selamat Tahun Baru 2014. Agak malas untuk menaip entry baru. Kesian tahun baru kene kerja. OT lagi. Apa nak buat ? Pekerjaan harus diutamakan. Impian aku untuk menambah spoiler di belakang ViVa kesayanganku tercapai jua. Hanya aku je tahu betapa banyak masalah yang kena aku tempoh sebab aku gatal - gatal order & cat kat lain lain tempat. Cari penyakit namanya. He He He. Ada yang kata lawa. Ada yang kata x lawa. Yang penting taste aku tercapai. Ha Ha Ha. Terima kasih kepada bos kesayangan, Uncle J sebab hujung tahun adew duit BRIM. Dapat beli spoiler. Rasa - rasa impian sport rim pink harus ditunda ke tahun tahun depan. He He He. 

Ini semalam semalam punya cerita. Aku tidak tahu yang pagi Selasa aku kene emergency masuk pagi. So aku assume masuk petang. Aku punyalah tidur mati tidak ingat dunia padahal orang lain dah huru hara disebabkan aku. Dahla semua call aku x dengar. Ini aunty, hanim & bibik siap datang rumah jerit jerit panggil aku boleh x sedar - sedar lagi. Lawak gila. Datang rumah ramai - ramai sebab nak kejutkan aku pergi kerja tapi haram aku dengar padahal bilik depan je. Nampak x aku ni memainkan peranan yang sangat penting ? Ha Ha Ha. Sila muntah darah. Disebabkan aku x bangun bangun lagi & disebabkan aku yang pegang kunci, bos terpaksa datang bukak kedai. Disebabkan aku jugak, terpaksa buka lambat. Rasa bersalah yang amat sangat. Tiba - tiba lebih kurang pukul 9 aku tersedar sebab aku dengar bunyi. Bos kol. Lepas tue mesej masuk. " KLAU DA BANGUN CEPAT MARI UNCLE NAK BLK NI ". Amik kau kelam kabut mandi. Sempat iron tudung lagi. Masuk - masuk je kene perli dengan bos. Mampu tersengih je sebab aku tahu aku yang bersalah. Ha Ha Ha. Sampai bila - bila pun aku akan ingat peristiwa huru hara nie.

Tahun baru jugak dapat makan burger bakar abg Burn dengan meatball. Setelah berbulan bulan mengidam. akhirnya impian tercapai jua. Sedap sampai sakit perut sebab overdose makan. Tapi sayang dah menyombong tukang BELANJA tue. Apa nak buat Tukang BELANJA xnak cerita masalah. Masalah yang sangat besar sampai x lalu makan si tukang BELANJA. Aku je berselera. Well well well macam baca je blog aku ni. Apa - apa pun sampai bila - bila aku ingat ko tunaikan impian tahun lepas aku nie. Ha Ha Ha. p/s : bukan senang ko nak masuk blog aku nie tau. :p 


Banyak lagi impian aku belum tercapai lagi ni. Impian baru pulak muncul. He He He. Harap - harap termakbul la walaupun lambat. Amin.