Sunday, December 31, 2017
31.12.17
Hai stalker. Selamat Tahun Baru 2018. Terima kasih selalu jenguk blog ni walaupun dah 3 tahun x update. Terima kasih jugak pembaca setia confession merepek ni. I think I know who you are. Insyallah akan selalu update. Feeling feeling perasan jap. Semoga tahun 2018 kita sentiasa diberkati oleh Allah & dilimpahi rezeki yang luas. Insyaallah akan kuat untuk terus menghadapi dugaan & cabaran yang datang.
Besok kena kerja. Tabah ni. HIHI
Friday, December 29, 2017
Anonymous Part II
Penantian itu suatu penyeksaan. Aku dengan penuh berharap si Anonymous akan mengrevealkan dirinya malangnya tidak. So aku pun pikir positif bahawa aku dengan Anonymous hanya hidup di alam maya. Mungkin jugak dia seronok baca kisah sedih aku sambil tepuk tengan. Who knew? Tapi yang penting mula - mula excited sampai post komen tu dekat Ig story. Haha. Then one minah ni tanya aku sapa Anonymous tu. Aku lagi dying nak tau kot. Tapi aku tanya dia kalau dia jadi aku terharu x? Minah ni cakap "ENTAHLAH" dengan penuh xde perasaan. Hmmm susah la cakap orang xde perasaan ni. Aku pulak berlebih perasaan. HIHI. Well continue stalk my blog.
Dua hari cuti sebab nak tenangkan fikiran. Bukan tenangkan fikiran tapi habiskan cuti sebenarnya. Propa je aku ni. Of course la aku inform awal-awal. Nanti sape pulak nak cover aku. Tapi x bgtau bos aku. Malam ni bos aku tanya "where have u been missing in 2 days?" Acah - acah omputih pulak bos aku ni. So aku jawab la "short vacay". Dia macam x faham or mungkin term ni golongan belia je pakai. Aku cakap la percutian singkat. Ohh baru dia faham. Pastu aku jawab lagi "Did u see my DP picture". Haha. Sebenarnye suka sangat tuka DP not-so-beautiful. HIHI. Hilang 2 hari semua ingat aku pergi over the sea. Heh ingat anak datuk ke nak melancong jauh-jauh je tau. Huh.
Part balik x best bila dah punch card semua nightmare aku datang balik. Semua dah start buat stock take. Stock take sabtu ni kot. Acah-acah rajin pulak dorang ni. Dahla aku baru masuk kerja. Rasa nak menangis pun ada. Serious. How could they? Sibuk na awal-awal buat stock take kerja- kerja lain macam tau-tau je suruh aku je habiskan. Tiba-tiba teringat kata motivation. "Say what you feel???" Oh no. Perang besar nanti. Bukan xtau rakyat Malaysia ni ada penyakit sentap menyentap. In the end aku luah kat sini je la. Part ni lah ramai x faham aku. Kalau dah tahan sangat kenapa aku stay sini? Lepastu menangis. Kenapa aku tahan? Kenapa aku dibuli? Aku sendiri tiada jawapan. Bila acah-acah mintah simpati mesti dorang cakap "KAU YANG DEGIL" Haha. Ketawa sambil menangis. Aku bukan psiko k.
Wednesday, December 27, 2017
Anonymous Part 1
Anonymous. Or should I call you Stranger? Stalker?
Since my blog "berhabuk" for a quite long time so i decided to write it back. Yes actually I love writing when I was kid. Correction confession actually. When my little sister secretly open & read my diary, I swore to myself that I will never never ever want to write anything at all. Until blog exist so I started share my boring life to world. Well my blog not so famous like Hanis Zalikha. But who'r really care. I love blogwalking to other blogger. Later when Instagram exist, I love to share my not-so-beautiful picture and write a long speech about it.
Lately I realized how much I miss writing. Maybe because this year I have been through a lot of pain. Smiling but dying inside. So I remember this place is where is share my problem, sadness, dissatisfied & pathetic life. Why I love to share it here? Because it like a medium to confess almost anything. AKA diary replacement. And of course no one know me. Well I'm dead if I want to "mengumpat" about my boss at facebook because we're friend. Haha.
Never expect anyone will read it because like i said it earlier my blog "berhabuk" for almost 3 years. Until this anonymous show up & comment my latest post. Who are you? How long you read my blog? OMG so many question to ask & get super excited too. And now I'm like waiting everyday for you to comment my post? Am I a psycho? Haha. So anonymous can u reveal yourself? Am I know you? So I dont have to wonder who you are. If you read this post please comment. I dying to know who you are. Huh. Or should I sing Back To December?
p/s: thank you for giving me such inspiring comment. i'm really touched. seriously.
maybe it just words but i means a lot to me. my friend say i have hati tisu.
well i guess so ")
p/s: thank you for giving me such inspiring comment. i'm really touched. seriously.
maybe it just words but i means a lot to me. my friend say i have hati tisu.
well i guess so ")
OMG why I'm writing in english LOL? pardon my broken english. HIHI
Thursday, December 21, 2017
Stress & Depress
Baru-baru ni dunia dikejutkan dengan kisah penyanyi K-Pop Kim Jong Hyun bunuh diri sebab depress. Bukan setakat artis Korea je (nak sebut tapi xkenal sangat dorang ni sebab bukan K-Pop lover) tapi ramai je artis Hollywood turut membunuh diri. Paling latest Chester Bennington. Teringat - ingat lagu IN THE END.
Aku paling suka baca komen orang kat fb. Jadi silent reader. Bila berita pasal KJH bunuh diri ramai gila keypad warrior berjemaah mengomen. Of course la menghentam. Sebagai orang Melayu aku malu dengan bangsa aku sendiri. Bila dorang tekan butang kekunci tu dorang berfikir dulu x sebelum menulis? Atau dorang menulis dulu sebelum berfikir? Paling aku x boleh terima dorang ni cepat sangat jatuhkan hukuman kat orang lain tanpa usul periksa. Registered hakim pun ambil masa berbulan-bulan nak jatuhkan hukuman kat pesalah. Inikan pulak netizen dalam masa 5 saat? Well aku sedih dengan bangsa aku sendiri.
Rakyat Malaysia ni tau x beza antara Stress & Depress? Aku rasa dorang sendiri xtau bezakan. Selagi x kena batang hidung sendiri, selagi itulah boleh cakap macam - macam. Xsolat la, iman x kuat la, etc etc. Yes depress terlampau memang akan terasa nak bunuh diri. Serius x tipu. Buat apa nak hidup kalau rasa hidup x bermakna lagi. Hari - hari buat benda yang sama. Well i feel him. Orang yang mempunyai penyakit ni je faham kenapa KJH bunuh diri. Adakah aku mempunyai penyakit depress? Aku boleh kata Ya & aku boleh kata Tidak. In the end aku menangis sorang - sorang je la sebab aku x harap orang lain faham masalah aku.
So aku cuba - cuba berkongsi dengan orang lain. Aku screenshoot pasal depress kat fb then aku post strory kt ig. Bagi hint aku need someone. Sebenarnya xtau la tengah stress ke depress sebab bulan tu memang tengah gloomy. Well ada jugak 2-3 orang balas story aku tanya kenapa semua. Hahaha. Well thank you.Bukan xnak cerita tapi x reti nak express bagaimana. Sebab ini melibatkan perasaan dalaman. Alangkah bagus aku ada kuasa mcm PK ( Aamir khan berlakon ) letak tangan dia kat orang lain then dia boleh rasa. I wish that simple but it is impossible.
Tapi ada seorang hamba Allah ni. Xtaula nak dikatakan kawan ke apa sebab dia memang kawan xguna. Haha. Konon cari dia nak sharing tengah sedih. Masa tu tengah stress pasal kerja. Dengan harapan dia bagi kata - kata semangat kat aku. Plus bapak dia ustaz. Aku macam ada good thought la. Aku siap cerita depress bukan sebab x solat semua. Aku siap screnshoot fakta - fakta depress. Malangnya dia siap cakap aku solat x betul. Aku macam WHAT??? Paling aku x boleh terima dia cakap aku PSIKO. Aku macam ???? Hello. Siap bagi recommendation suruh aku masuk hospital mental. Betul kumpulan Raihan tu cakap. Iman memang x boleh diwarisi. Sebagai kawan yang boleh dikatakan rapat sepatutnya dia bagi aku kata-kata positif but instead ? Aku rasa dia dah tergolong dengan netizen - netizen yang mengutuk KJH bunuh diri. In the end aku buat keputusan jauhkan diri dengan golongan - golongan negatif ni.
Sebab apa KJH nekad nak bunuh diri? Sebab surrounding. Salah satu faktor wujud kawan x guna macam kawan aku tu. Haha. Sebab xde sapa yang betul-betul faham perasaan dia. Loneliness is killing HIM. He smiling but he's dying. Adakah ini bermakna aku depress? Aku pun xtau tapi aku boleh rasa apa si KJH ni rasa. Susah nak explain dengan kata - kata.
Thursday, November 23, 2017
November 2017
Setelah 3 tahun menyepi akhirnya pagi pagi buta ni baru ada feel nak menulis hoi hoi. Dulu bercita-cita nak jadi penulis novel sebab aku suka menulis & suka berangan. Baru tulis blog dah malas. Hahaha. Tingal angan-angan jela wahai Liyana.
Setelah berbulan-bulan kerja berdua akhirnya minggu lepas aku dapat partner baru. Stress jangan cakap la hai. Aku depress hanya Allah yang tahu. Bila ko masuk kerja je sakit mata + sakit hati. Aku pendamkan je dalam hati sampai ke tahap aku x de hati langsung nak pergi keje hoi. Jasad kat lain roh kat lain. Ada jugak rasa nak menangis tapi tahan je air mata ni. Well wanita tabah la katakan.Sebab apa stress? Malas aku nak cerita rakyat Malaysia ni cepat sentap. Mana boleh ditegur hoi. Nanti ada sapa-sapa terbaca blog aku ni matilanak. Mesti dorang cakap "ingat goyang kaki ke ha?".Nak je aku menjawab memang la xgoyang kaki tapi gaya dah macam orang keje gomen tu ha duk bergosip berjemaah tau. Haha
Rasa syukur sangat dapat partner. Aku paling suka kerja ngn junior yang ada pendidikan. Bukan nak mengutuk orang xde pendidikan tapi tahap pemikiran dorang lain. Aku respect sangat-sangat. Macam tadi si Syuhada tanya aku, " ada benda nak tolong x kak ? " Ya Allah rasa terharu + rasa nak menangis pun ada. Well aku memang jenis yang cepat terharu benda - benda kecil ni.Ini x ada masa belek henfon ko je a. Macam ko sorang ada pakwe la hai. Menyampah pulak aku. Geram sangat sis la hai.
So apa terjadi dengan 3 tahun aku? Well sama ja. Tiada perubahan. Last update aku kisah aku dengan si A pun terhenti di tengah jalan. La ni bulan ni aku tengok fb kakak dia, Si A pun dah selamat kawen dengan orang lain. Sedih? Xla. Lagipun dah berapa tahun lost contact. Siap ada adegan filem Tamil menangis gila - gila sampai semua kesian. Ada yang siap pujuk pun ada. Kelaka pulak bila ingat balik. Y im so STUPID ? Hahaha.
Lepas tu aku berjinak-jinak pergi melancong oversea. Nak buat macam mana Malaysia ni sungguh membosankan. Hahaha. Lagi -lagi perangai rakyat Malaysia ni lagi la macam harey. HAHA. Kena kecam x tulis macam ni? Bukan la. Jawapan sebenar aku aku nak berdikari melancong ke negara orang. Buat iti sendiri. Ini semua terpengaruh dengan blog BACKPACKER. Aku berbangga dengan diri sendiri sebab bulan 8 aritu aku berjaya pergi 2 buah negara tanpa pakai mana-mana travel agency.
Buat apa membazir duit? Padahal ada otak fikirlah iti sendiri. Hahaha.Walaupun negara Asia je tapi alhamdullillah berjaya jejakkan kaki. Doakan aku dapat pergi New Zealand. Dapat partner study NZ ni jeles la hai. Nak Nak semua group BBM dok post pasal NZ je bulan ni. Aku x kuat. Untung-untung dapat mat salleh mata biru satu. Kan aku cakap aku kuat berangan. Hahaha
Bos aku? Uncle J? Well sihat walafiat je dia. Bertambah annoying aku kat dia ada la. Salah satu faktor depress aku. Ramai gila cakap aku sayang bos aku sebab tu aku tahan keje kat situ. Inilah mentaliti rakyat Malaysia. Nak je aku basuh otak sorang-sorang. Seorang je faham aku. Aku ada komitmen. Yes sebab komitmen aku masih bertahan dengan cemuhan perlian orang lain. Doakan aku kuat menempuhi hari-hari yang membosankan ini.
Memang ada niat lain nak mencari kerja lain tapi aku x tau kerja yang sesuai dengan jiwa aku ni. Seriously aku x minat kerja ofis. Mengantuk kot. Kalau ada sapa-sapa cadangan aku nak cari kerja apa ni bgtaula aku. Huhu
Okla nanti aku taip lagi. Mengantuk la hai. Memang x sesuai jadi penulis betul. Baru beberapa perenggan dah mengantuk la.
Subscribe to:
Posts (Atom)