Baru-baru ni dunia dikejutkan dengan kisah penyanyi K-Pop Kim Jong Hyun bunuh diri sebab depress. Bukan setakat artis Korea je (nak sebut tapi xkenal sangat dorang ni sebab bukan K-Pop lover) tapi ramai je artis Hollywood turut membunuh diri. Paling latest Chester Bennington. Teringat - ingat lagu IN THE END.
Aku paling suka baca komen orang kat fb. Jadi silent reader. Bila berita pasal KJH bunuh diri ramai gila keypad warrior berjemaah mengomen. Of course la menghentam. Sebagai orang Melayu aku malu dengan bangsa aku sendiri. Bila dorang tekan butang kekunci tu dorang berfikir dulu x sebelum menulis? Atau dorang menulis dulu sebelum berfikir? Paling aku x boleh terima dorang ni cepat sangat jatuhkan hukuman kat orang lain tanpa usul periksa. Registered hakim pun ambil masa berbulan-bulan nak jatuhkan hukuman kat pesalah. Inikan pulak netizen dalam masa 5 saat? Well aku sedih dengan bangsa aku sendiri.
Rakyat Malaysia ni tau x beza antara Stress & Depress? Aku rasa dorang sendiri xtau bezakan. Selagi x kena batang hidung sendiri, selagi itulah boleh cakap macam - macam. Xsolat la, iman x kuat la, etc etc. Yes depress terlampau memang akan terasa nak bunuh diri. Serius x tipu. Buat apa nak hidup kalau rasa hidup x bermakna lagi. Hari - hari buat benda yang sama. Well i feel him. Orang yang mempunyai penyakit ni je faham kenapa KJH bunuh diri. Adakah aku mempunyai penyakit depress? Aku boleh kata Ya & aku boleh kata Tidak. In the end aku menangis sorang - sorang je la sebab aku x harap orang lain faham masalah aku.
So aku cuba - cuba berkongsi dengan orang lain. Aku screenshoot pasal depress kat fb then aku post strory kt ig. Bagi hint aku need someone. Sebenarnya xtau la tengah stress ke depress sebab bulan tu memang tengah gloomy. Well ada jugak 2-3 orang balas story aku tanya kenapa semua. Hahaha. Well thank you.Bukan xnak cerita tapi x reti nak express bagaimana. Sebab ini melibatkan perasaan dalaman. Alangkah bagus aku ada kuasa mcm PK ( Aamir khan berlakon ) letak tangan dia kat orang lain then dia boleh rasa. I wish that simple but it is impossible.
Tapi ada seorang hamba Allah ni. Xtaula nak dikatakan kawan ke apa sebab dia memang kawan xguna. Haha. Konon cari dia nak sharing tengah sedih. Masa tu tengah stress pasal kerja. Dengan harapan dia bagi kata - kata semangat kat aku. Plus bapak dia ustaz. Aku macam ada good thought la. Aku siap cerita depress bukan sebab x solat semua. Aku siap screnshoot fakta - fakta depress. Malangnya dia siap cakap aku solat x betul. Aku macam WHAT??? Paling aku x boleh terima dia cakap aku PSIKO. Aku macam ???? Hello. Siap bagi recommendation suruh aku masuk hospital mental. Betul kumpulan Raihan tu cakap. Iman memang x boleh diwarisi. Sebagai kawan yang boleh dikatakan rapat sepatutnya dia bagi aku kata-kata positif but instead ? Aku rasa dia dah tergolong dengan netizen - netizen yang mengutuk KJH bunuh diri. In the end aku buat keputusan jauhkan diri dengan golongan - golongan negatif ni.
Sebab apa KJH nekad nak bunuh diri? Sebab surrounding. Salah satu faktor wujud kawan x guna macam kawan aku tu. Haha. Sebab xde sapa yang betul-betul faham perasaan dia. Loneliness is killing HIM. He smiling but he's dying. Adakah ini bermakna aku depress? Aku pun xtau tapi aku boleh rasa apa si KJH ni rasa. Susah nak explain dengan kata - kata.
Be who your are and say what you feel, bcs those who mind dont matter and those who matter dont mind.
ReplyDeleteps: rileks yana.. life's is too mysterious to take too serious..haha jgn stress2. u always have someone would do anything
to see u smile ;)