Aku xtahu kenape mood aku tersgtlah rajin nak update blog bulan ni. Sementara mood rajin itu adew & sementara wifi aku laju giler. Lebih baik aku manfaatkan. So berbalik kepada tajuk di atas, aku nak kongsikan cerita aku kepada pembaca yg setia membaca blog aku nie. Sila senyum sowg - sowg jika anda salah seorang daripadanya. Bapak la perasan gila aku nie kan. Ha Ha Ha.
Dulu aku ade seorang kawan baik. Namanya miss M. ( jika anda rasa itu anda TAHNIAH ). He He He. Miss M ni mmg seorang kawan yg paling jujur aku plg kenal dlm abad ini. Kejujurannya kdg2 akan membuatkan anda terkecil hati. Ha Ha Ha. Sbb aku pun pernah terkecil hati. Ha Ha Ha. Jujur aku tulis nie. Kalau nak tanya pendapat, tanyelah miss M. Miss M akan ckp sejujur - sejurnya. Sesiapa yg x faham miss M akan ckp dalam hati, " ehhh miss M ni, ckp main lepas je tanpa fikir perasaan org lain. ". Sesiapa yg rapat dgn miss M, mmg sudah terbiasa dgn kejujuran miss M. Contohnya aku la. Ha Ha Ha.
Ape yang aku faham tentang kejujuran ialah tidak semua orang boleh terima. Kepada yg berhati kecik.. nanti mula tersentap sane tersentap sini. Tapi hati manusia semua sama saiz kan. He He He. Adakah kita perlu jujur dalam sesetengah perkara sahaja? Selebihnya adakah kita harus mendiamkan diri sahaja? " Di luah mati emak, ditelan mati ayah ". Macam mane tu? Jawapan yang betul ialah YA. Kita harus jujur dalam sesetengah perkara sahaja. Oleh itu aku TERPAKSA memilih utk mendiamkan diri dan meluahkan perasaan kepada orang lain dari berterus terang. Bertuah la insan tue dgr aku meluahlan perasaan hari - hari kan. Ha Ha Ha. Bukan hipokrit. Tetapi ini adalah kerana ramai yang berhati kecik di dunia ni. Lagi - lagi kalau orang yang lebih tua dari kite. Sikit - sikit sensitif. Nanti kalau ditegur dicakapnya macam - macam. Susah betul. Aku agak ramai yang mengalami situasi yang sama macam aku. Selagi aku boleh bertahan selagi itulah aku akan cuba menjaga perasaan orang lain tanpa memikirkan perasaan aku sendiri. Sorry miss M, aku masih x boleh menjadi seperti kau.
TAPI bukan dengan bos aku si Uncle J. Sejak bila aku & dia boleh berterus terang aku aku pun x igt. Uncle J ialah seorang daripada individu yang boleh terima kejujuran. Uncle J pernah ckp aku mulut jahat padahal mulut dye pun same jahat gak. Ha Ha Ha. Merajuk la hati kalau sesiapa yg x tahan mendgr kejujuran tahap karma yg kelua dari mulut uncle J. Kalah miss M aku. He He He. Alah bisa tegal biasa kan. Mungin dowg akan cakap aku berani lawan bos, kurang hajar dgn bos, etc etc. Dowg x faham kejujuran aku sebenarnya. Tagline aku dgn bos, " berani kerana benar, takut kerana salah ". Bos pun manusia biasa jgk yg akan membuat kesilapan. Semalam aku ckp dgn bos aku, aku tunjuk perangai sebenar aku. Xperlu nak berlakon free itu semua. Tibe - tibe bibik menyampuk, " YE KE ? ". Mmg nak kene bibik nie sbb menyampuk. Uncle J mampu gelak besar je. Beberapa minggu lepas aku tercakap bos aku, " U'RE VERY RUDE ". Sebab ape sampai sekarang aku x ingat. Tapi yang aku ingat bos aku cakap balik, " U'RE VERY RUDE TOO ". Ok fine. Nampak x kimia antara kteowg. Banyak la punya kimia. Ha Ha Ha. Itu nasib baik mood boss aku baik boleh la bergurau senda. Kene angin taufan melanda diam seribu bahasa. Tapi aku tetap respek uncle J. Macam mane pun sekarang ini dye tetap bos aku. Eh eh eh itu jujur punye ayat tau. Ha Ha Ha.
Itulah contoh kejujuran yang aku boleh bagi berdasarkan pengalaman hidup aku. Salah taip. Pengalaman kerja. Hari - hari bekerja sampai xde pengalaman lain. Ha Ha Ha. Sebagai rakyat Malaysia ( p/s: bukan Bangla ok ) yang hidup dalam masyarakat, aku kenalah sentiasa beralah kan. Kesian. Walaupun tiada sesiapa yang mendengar batin aku menjerit - menjerit inginkan pembelaan. Xpew. Bos aku selalu pesan muda - muda & badan tengah sihat ni la nak cari rezeki banyak - banyak. Jangan jadi pemalas. Bos yang banyak duit ni pun hari - hari kerja. Ok fine. Jadikan uncle J sebagai mentor. 100% statement jujur aku.
Itulah contoh kejujuran yang aku boleh bagi berdasarkan pengalaman hidup aku. Salah taip. Pengalaman kerja. Hari - hari bekerja sampai xde pengalaman lain. Ha Ha Ha. Sebagai rakyat Malaysia ( p/s: bukan Bangla ok ) yang hidup dalam masyarakat, aku kenalah sentiasa beralah kan. Kesian. Walaupun tiada sesiapa yang mendengar batin aku menjerit - menjerit inginkan pembelaan. Xpew. Bos aku selalu pesan muda - muda & badan tengah sihat ni la nak cari rezeki banyak - banyak. Jangan jadi pemalas. Bos yang banyak duit ni pun hari - hari kerja. Ok fine. Jadikan uncle J sebagai mentor. 100% statement jujur aku.