Friday, February 21, 2014

Musibah


Beberapa minggu lepas aku kehilangan HTC aku. Hilang di tempat kerja lak tue. Hanya Tuhan yang tahu betapa sayangnya aku dekat HTC aku.  Betapa berharganya HTC aku. Betapa susahnya aku nak dapatkan HTC aku. Betapa banyaknya kenangan dekat HTC aku. Mungkin sebab kelalaian aku yang suka henfon merata - rata. Mungkin jugak sebab aku tuhan nak beri peringat jangan terlampau kedekut. Itu mak aku yang cakap. Pada hari kejadian, CCTV boleh pulak hard disk rosak. Mungkin sebenarnya dah tertulis Tuhan nak amik balik barang yang hanya pinjaman sementara di dunia ni. Itu yang aku baca dekat Google.

Tapi itu bukan masalahnya. Aku redha henset aku hilang. Sehari selepas hilang aku tergerak hati nak call pakai telefon kedai. Masya Allah ade line. Hati aku berdebar - debar. Aku call berkali - kali akhirnya berangkat. Suara lelaki. Aku suruh hamba Allah itu pulangkan henfon aku. Tetapi nak tau apa hamba Allah ini cakap, " kalau saya pulangkan dapat apa ? ". Masya Allah berani beliau cakap macam itu dekat aku. Padahal henfon aku. Aku cakap baik baik. Henfon itu bukan milik beliau. Entah macam mane hamba Allah ini berjanji nak pulangkan henfon aku tapi sehingga hari ini masih tidak pulangkan. Terngiang ngiang beliau masih mengucapkan " INSYA ALLAH ". Insya Allah ? Mencuri sudahla dosa. Memungkiri janji buat dosa lagi. Berani berani bercakap Insya Allah ?. Aku rasa betullah sekarang ini Islam pada IC sahaja. Aku malu betul yang mencuri tersebut ialah seorang lelaki Melayu beragama Islam. Kalau agama lain aku tidaklah terkilan seperti ini.

Pelik kan pencuri menjawab panggilan aku. Kelaka pun ade. Wahai hamba Allah aku tidak menghalalkan kau mengambil HTC aku. Walaupun kau dah jual HTC aku. Aku haramkan duit tersebut sampai akhirat. Semoga Allah bagi hidayah dekat kau. 



Peringatan kepada diri sendiri & orang lain : Jangan letak barang berharga merata - rata.



 

No comments:

Post a Comment