Tuesday, February 25, 2014

Sakit Otak


Bulan 2 ni bulan sakit otak. Boleh dikatakan setiap hari aku gaduh dgn bos aku. Kalau x berperang dengan mulut, berperang dalam mesej pun boleh. Hari ini pun sama. Aku boleh gelak bersama - sama orang lain tapi dalah hati hanya Allah saja yang tau. Wah wah wah hebat sangatkah aku ? Aku hanya kuli sahaja yang amat mementingkan kesempurnaan dalam setiap pekerjaan. Salahkah ? Kalau salah lepas ni aku lepas tangan sahaja. Tapi mesti tidak boleh punya. Apekan daya, ini memang perangai aku yang sangat susah untuk diubah. Aku selalu menjadi KEPOCHI yang terlampau. Ha Ha Ha. DON'T CHANGE SO PEOPLE WILL LIKE YOU, BE YOURSELF & RIGHT PEOPLE WILL LOVE THE REAL YOU. Satu hari aku cakap quotes ni kat bos pelat aku. He He He. 

Sekarang ni hari - hari mak aku push cari kerja lain. Sangat stress. Dahla tempat kerja masalah lain. Balik rumah masalah lain. Adoi. Aku memang malas nak cari kerja lain walaupun nawaitu nak cari kerja lain memang sentiasa ada setiap hari gaduh dengan bos. Buruk sangat ke kerja aku ? Kalau kerja dalam air - cond sekalipun gaji murah buat ape ? Haishh.. Persetankan orang lain. Aku yang kerja. Aku yang penat. Bukan orang lain rasa pun. Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia memang susah. Sakit otak lagi.

Sapa kata orang bujang xde masalah? Tipu itu semua. Aku ni bukan jenis yang suka cerita sedih kat orang lain. Biarlah aku sendiri rasa. Sendiri yang selesaikan. Waktu yang paling best ialah bersendirian tanpa diganggu oleh sesiapa. Menangkan fikiran yang bercelaru sambil surfing. Seronok tidak terkata. Akibatnya bangun lambat. Hish Hish Hish. Itu perangai yang harus diubah. 

1 comment:

  1. jgn stress ye ;P salam perkenalan

    www.madamhealthy.blogspot.com

    ReplyDelete