Friday, October 25, 2013

Mari Bercucuk Tanam


Aku xtahu aku ni buang tebiat ke apa sbb aku boleh terfikir nak bercucuk tanam. Atau ini angan - angan minah jenin semata - mata yg bersifat sementara. Aku pun utarakan pendapat aku kepada dowg nak menanam cili api. Sah aku ni gila agaknya. Ha Ha Ha. Cili api ? Kenape aku boleh terfikir nak tanam cili api? Sbb aku suka sgt makan cili api & kononnya cili api mudah ditanam. Kononnya... Aku pun terfikir balik rumah nak ambil pasu kosong mak aku, letak tanah & tanam biji cili api. Kononnya.. Terfikir jugak aku ni kan balik malam & bangun pun lambat --- > confession, bila masanya aku nak buat semua itu? Aunty pun ckp kenape nak susah - susah ambil je anak pokok cili api kat rumah bibik. Ok masalah selesai. Terima kasih aunty.

Semalam menggedikkk dgn bibik nak anak pokok cili api. Bercerita dgn terlebih semangat yang kononnya aku ingin belajar nak membela pokok cili api. Sampai sekarang aku masih xfaham kenapa aku dapat idea gila ni. Ha Ha Ha. Terpaksa menadah telinga mendengar perlian bibik, " X MATI KE ? ". Ok Fine. Aku ialah seorang perempuan yang dikurniakan sepasang telinga yang dapat menahan segala keperlian. Belum cuba belum tahu. Aku masuk - masuk kerja je, excited bibik cerita dah masukkan anak pokok cili api aku dalam pasu. Mmg terharu. Lepas nak tanam cili api, aku nak tanam limau kasturi. Well, aku nak tanam bende - bende yang aku suka. Nak bela keli sendiri mmg mustahil rasenya. Ha Ha Ha. Terpaksa menahan keperlian lg bila dowg ckp beruntung sbb aku ni belum kahwin dah fikir nak bercucuk tanam. Ok Fine. Beruntung aku mempunyai sepasang telinga yg sgt tebal & kebal. 

Balik dari kerja tadi singgah rumah bibik nak ambil anak pokok cili api. Siap tinjau belakang rumah bibik tgk pokok cili api yang besar- besar. Excited. The best part bibik bg sekali anak pokok limau kasturi. YEAY ! Sekali dgn baja. Balik - balik rumah je excited cerita dgn mak pasal pokok aku. Terpaksa menadah telinga buat kali kedua hari ni sbb mak aku ckp, " ingat senang nak bela pokok ". Ok Fine. Tidak siapa yg percayakan kemampuan aku.  Aku harap aku dapat tgk kedua - dua pokok aku ni membesar dgn sihat. Nanti aku boleh buktikan kat semua org. Tidak sabar nak bangun pagi nak menyiram pokok aku ni. Kononnya.. Tetiba teeringat balik masa sekolah rendah dulu ikut family pergi kebun bunga & merengek suruh mak belikan pokok kaktus kononya nak bela. Akhirnya mati. Pokok kaktus pun boleh mati kan. Ala itu kan budak - budak dulu x reti sgt jaga pokok. Sekarang lain. Aku dah tanya bibik cara - cara nak menjaga pokok. Hahaha. Kononnya.. Sayang BIBIK.. He He He...



Jeng Jeng Jeng
Ini dua - dua anak pokok officially jadi my own property
KIRI - POKOK LIMAU KASTURI
KANAN - POKOK CILI API






P/S : AKU SIAP PESAN 
DGN ANAk - ANAk KUCING AKU
JANGAN NAK MAIN KAT POKOK - POKOK AKU NIE
HARAP DOWG FAHAM.. HAHAHa



1 comment:

  1. aku ingat aku sorang je yang buang tabiat tiba-tiba nak tanam pokok, rupa-rupanya ko pun sama. Gigih hari tu, sebelum balik Kuantan, aku duduk cangkuk bercucuk tanam kat pasu hitam mak aku. Haha..setakat ni Alhamdulillah pokok aku sihat sejahtera

    ReplyDelete