Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak bukak lappy. Buka email buka blog. Well my Samsung asyik sufficient storage je nak install macam-macam. Rasa nak tukar phone je. So aku buka blog dan aku terkejut ada orang komen. Coincidentally hari yang sama aku bukak blog. Waktu je yang lain. Sebab aku buka masa nak pergi kerja aku balas la tengah malam sambil tertengok drama "Kekasih Paksa Rela". Aku selalu anggap cerita melayu ni bullshit tapi Remy Ismak ni romantik sendu la hai. Haha.
Rasa terharu sebab ada orang tunggu 17 hari nak tunggu aku balas blog. Mungkin agaknya xsabar nak tunggu confession pathetic aku. Haha. Mungkin jugak nak compare dia dah bahagia sekarang. Mungkin. Mungkin jugak aku patut buat novel "17 HARI MENUNGGUMU DI ALAM MAYA" Hihi. Rasa-rasa laku x? Novel sekarang xlaku sekarang. Novel Indon "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" xhabis lagi aku khatam. Bukan apa bahasa indon weyh. Sebelah aku mesti translation Indon. Ada bibik Indon pun aku xpro lagi cakap Indon. Haha. Hayati tinggalkan Zainuddin berkahwin dengan Aziz. Hayati menyesal sebab baru dia sedar Zainuddin ni cinta sejati dia tapi terlambat. Zainuddin xnak terima Hayati lagi bukan sebab dia ada orang lain tapi sebab hati dia terluka. Masa Hayati naik kapal untuk balik ke kampung kapal tu tenggelam. Macam cerita Titanic versi Indon pulak. Ok siapa cakap percintaan perlu ke jinjang pelamin? Mungkin ditakdirkan untuk berjumpa di alam sana. Ending dia lepas Zainuddin meninggal dia dikebumikan sebelah kubur Hayati. Sweet bukan?
Ayat Hamka ni deep. Terasa aku. Sapa-sapa yang rasa aku kejam pada masa dahulu maaflah kekhilafan aku. Sebab tu kadang - kadang aku rasa aku ni macam watak Hayati. Hihi. Perasan
So beberapa bulan sebelum ni aku reject seorang hamba Allah ni. Huhu. Bukan reject sebab apa. I'm not ready yet. Paling kelaka dia update status. Walaupun hamba Allah ni x mention nama aku tapi aku tau status tu tuju kat aku. Sapa makan cili dialah terasa pedas. Aku lah makan cili api banyak-banyak. Hihi. Paling kejam aku rasa x balas mesej dia walau dia mesej beribu kali. But I'm happy for him now. At last dia dah jumpa someone. Tapi ada satu hari dia mesej aku sebab dia gaduh dengan gf dia. Aku balas la suruh pujuk gf dia. Suruh dia belikan gf dia bunga. Haha. Yes aku suka bunga. Kalau nak pujuk someone dengan bunga je. Bukan apa lelaki Malaysia ni x romantik langsung. Kalau pick up line merepek tu adalah. Bila Raf propose Mawar melutut sambil bagi bunga ros dicakap tiru Mat Salleh. Huh. Typical Malay.
Kenapa aku x update blog macam dijanjikan? Well seminggu tu ada la jugak tunggu orang komen baru macam semangat sikit nak tulis macam-macam. Tapi seminggu berlalu masih xde orang komen so macam sedikit hampa. Minggu ke dua sibuk ot sampai nak scroll facebook pun xsempat hoi. Sibuk buat order macam selalu. Boleh pulak dorang tinggalkan aku pergi bercuti Cameron Highland. Huh. But its ok aku selalu cakap dalam hati "Yeah, All Izz Well " macam movie 3 Idiot tu. HIHI.
Sibuk mengaji lagi. Yeah. Tahun baru berazam nak mengaji balik. Tahmid tunggang langgang. Tajwid berterabur. Kadang - kadang malas jugak nak pergi mengaji tapi aku kuatkan semangat belajar balik. Terima kasih Ustazah Shima ajar aku dengan penuh kesabaran.
Ok. Dear Anonymous tolonglah bagi kata-kata semangat kat aku ok.
Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya. Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia tidak pernah padam. Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. ~Hamka~
ReplyDeleteso when you have any difficulties or you are in trouble keep your hand on your chest and say all izz well ;p