Setiap kali post mesti excited nak baca komen. Hehehe. Serius. XTIPU. Walaupun soalan yang ditanya banyak x terjawab. Hahaha. By the time you read this maybe this post dah few days delay. Sebenarnya gigih nak tulis jugak walaupun beberapa hari ni sibuk kalah PM. Tiba tiba rasa seronok jadi makcik kepoh dalam ni.
Sebenarnya dah lama nak tanya berapa lama dah stalk kat luar tu. At least say HELLO, HI GOODBYE to me. (pleaseeee answer this question). I still remembered your voice even without looking at your face. My heart beats faster than normal. Eh kenapa taip english ni. Gigih tanya my Junior eh tadi kan yang datang etc etc. Balik tu gigih bukak laptop cari gambar tunjuk kat dia n she said YES He's that man. Seorang yang sentimental macam aku ni akan simpan semua khazanah. Acah - acah menghargai sentimental value gitu.
As I mention earlier aku x suka tunjuk kesedihan unless terpaksa. Selagi boleh berpura - pura senyum akan terus tersenyum walau terpaksa. Tapi ada satu customer ni ingat aku pernah menangis. Sampai sekarang pun. Nanti dia akan cakap macam ni,"senyum je kan". Aku cakap la balik "xkan nak menangis pulak kat sini". Lepas tu dia cakap "tapi pernah tengok Nana menangis". Bila ingat balik malunya Ya Ampun. Stress punya level tu boleh dikatakan sampai ada masa aku lupa nak senyum. Senyum terpaksa depan customer ada la. Tiba-tiba teringat aku selalu tulis pasal bos aku kat sini. Arghhhh adakan anda baca semua tu. OMG OMG. Rasa nak menjerit pulak. Cannot expect ada orang baca la hai. Besides my workmate salah satu faktor yang selalu buat aku annoying ialah bos aku.
Maaflah kalau melalut. Bos aku selalu cakap "lain tanye lain jawab" "tanya A jawab sampai Z". Membibir je. Dia nak cakap membebel sebab pelat dia cakap membibir. I cannot brain this. Hahaha.
Tapi x dinafikan dia memang faham perangai aku. Kalau orang lain dah kena pecat ni.
Vacation? Aku siap pergi vacation over the sea lagi nak tenangkan fikiran. Memang la tenang tapi bila dah balik vacation je sama je. Jumpa manusia yang sama dengan perangai yang sama. Bayangkan tengah vacation pun kena order stock lagi. "Aal Izz Well". Xtau la doa termakbul ke apa xde hati lagi kerja sini lagi tapi bos aku nak bukak another branch in another 2 months. And he offer me as supervisor. Sebelum ni assistant supervisor pun stress bayangkan jadi supervisor hai hai. Should I accept his offer? Dilema.
Ok stop cerita pasal kerja yang stress yang aku sendiri cari penyakit. Lama - lama orang baca pun bosan. Berubah dalam post ni aku pandai dah acah - acah backpacker berdua pergi negara orang. Hahaha. Pencapaian yang boleh membanggakan.
Tahun sebelum tu aku berempat pergi USS Singapore. Masa nak pergi Singapore tu mak aku memang x bagi. Tapi orang keras kepala macam aku ni kan dah nak pergi pergi je la kan. HIHI. Sepatutnya lepas Singapore tu konon nak pergi Siem Reap Cambodia. Aku macam x pernah dengar Siem Reap tapi bila dorang cakap Siem Reap ada Angkor Wat baru teringat pernah belajar sejarah Form 5 pasal Angkor Wat. Lagi ancient history kan aku memang suka. Jangan ajak pergi laut sebab aku x minat. Masa tu tiket masuk Angkor Wat dalam USD 20 (RM 80). AA buat offer pergi sana rm69 x silap. Semua dah setuju nak pergi sana tapi tiba - tiba sorang tu cakap kalau pergi sana xnak masuk Angkor Wat. Aku macam what? Main attraction sana Angkor Wat. Kalau x masuk rugilah kan. Lagi aku x boleh terima sebab dia cakap jangan labur duit dekat kuil la. Itula Inila. Aku macam bengang lah jugak. Sebab isu ni hampir setahun x bertegur sapa. Nasib hubungan dah baik. Sebab isu ni x jadi pergi mana - mana.
Tapi aku buat Plan B. Mula - mula tu ingat nak pergi Langkawi berdua. Tapi bila aku buat iti bajet macam lebih 1K. What g langkawi je pun. Alang - alang ada pastport baik g luar negara kan. At least pasport tu bercop jugak. Pastu boleh berlagak sikit walaupun pergi Hatyai Songkhla je pun. Nak mintak permission nak pergi Hatyai ni lagi susah nak pergi Singapore. Sebab apa. Hatyai ni orang dah set tunggu saat nak kena bom. Sebab sekali kena bom semua habis la orang fikir negara tu dah x selamat. Tapi aku kan degil nak pergi jugak. Pergi je la naik KTM malam. Tahun ni dah xde KTM malam ada ETS je. Kematu la punggung aku duduk 12 jam. Dahla sejuk dalam coach tu mengalahkan London musim salji heh. Ingat lagi balik tu tidur kat kantin sebab coach terlampau sejuk.
Tahun lepas nak fulfill impian tahun sebelum ni nak pergi Siem Reap. Last minute plan terus booking tiket one way pergi Siem Reap sebab Air Asia buat offer. Kenapa one way? Sebab balik tu dari Bangkok. Bangga dapat pergi 2 negara sendiri. Hahaha. Bayangkan 12 tengah malam naik sleeper bus dari Siem Reap pergi Bangkok. Itu semua pengalaman yang x boleh dibeli. Gigih study 2 bulan buat iti.
Siem Reap indah khabar dari rupa. Disebalik keangungan Angkor Wat tersembunyi rahsia - rahsia rakyatnya yang hidup miskin & susah. Kelua dari airport expect jalan raya macam kat Malaysia tapi sangkaan aku meleset. Jalan raya penuh debu & habuk. Aku yang pakai contact lens terpaksa tutup mata sebab debu & habuk masuk mata. Terus insaf xnak pakai langsung. Hahaha. Guess what tiket masuk Angkor Wat dah naik jadi 37USD. Sebab once a lifetime pejamkan mata aja. Kebanyakan orang sana pakai motor. Yang pakai kereta boleh kira. Aku assume orang kaya je mampu pakai kereta. Bersyukur duduk Malaysia xkaya pun mampu pakai Viva. Hahaha. Sebelum sampai Imigresan Bangkok kami kena jalan kaki dalam 10minit dari Imigresan Cambodia. Bersepah budak - budak jadi peminta sedekah. Kenangan buruk tangan kawan aku kena tarik dengan seorang budak perempuan ni. "ONE DOLLAR PLEASE! ONE DOLLAR PLEASE!" Kawan aku dah panggil panggil nama aku. Nasib baik ada seorang minah Holland yang sama bas dengan kami tepis je tangan budak ni dengan badan dia. Umur je 19 tapi badan besar hoi.
TQ Haty jadi driver tuk-tuk kami.
Pelan asal nak pergi Phnom Penh lepas Siem Reap tu sebenarnya. Tapi sebab kat sana xde tempat nak pergi melainkan muzium, sekolah lama & Killing Field terus buat rancangan gila ke Bangkok. Seriously Bangkok memang pening nak study public transport. Ada bas, minivan, MRT, BTS, & bot. Paling excited guna pengangkutan air iaitu Chao Phraya Express Boat. Bayangkan ada pit stop macam naik pengangkutan darat. Besar & panjang sungai di Bangkok. Kat Malaysia xde. Masa nak beli tiket punyalah kerek minah kaunter tu. Dah tau kami ni tourist layan la macam tourist kan. Ini bila tanya soalan nak x nak je jawab. Nasib dalam bot tu ada minah yang jaga passenger. Even minah tu x cantik, gemuk & x pandai nak speaking tapi dia alert kami awal - awal lepas station ni kena turun. Padahal cakap bahasa anjing kucing. Baik gila minah ni. Rasa terharu orang treat kita macam tu. Banyak main attraction kena skip sebab bas sampai lambat. Sepatutnya pukul 11 tapi sebab jem pukul 2 ptg baru sampai Khao San Road. Lost gila mula - mula sampai sini.
Tapi tempat nak sangat pergi dekat Bangkok ialah Maeklong Railway Station. Flashback masa aku sekolah rendah pernah tengok pasar ni dekat Majalah 3. Xsangka dapat jejakkan kaki akhirnya. Kalau nak tau Maeklong Railway Station ni pasar yang kena tutup cepat - cepat dalam masa beberasa saat sebab kereta api nak lalu. Nama je kat bangkok padahal 2 jam kalau naik minivan. Bayangkan beza aku dengan kereta api tu beberapa inci je. Excited dengan pelancong pelancong lain yang kongsi sama memori dengan kami. Aku hantar gamba ni kat bos aku dia cakap aku nak bunuh diri. Hahaha
Jumpa orang Malaysia dekat luar negara pun jakun. Kebetulan jumpa lelaki Malaysia dari Hatyai. Lepas Bangkok nak pergi Laos. Jumpa kat mana. Jumpa depan toilet hotel. Lawak. Acah - acah speaking padahal Malaysian je. Kah Kah Kah.
Gigih aku berceloteh panjang gila ni. Kalau dekat ig mesti dah x boleh taip dah. Hahaha. Tapi memang excited nak cerita pengalaman pergi negara orang. Orang xminat travel mesti kecam jalan - jalan Malaysia pun x habis acah - acah pergi luar negara. Aku lebih suka pergi negara lain. Tengok orang Tengok budaya Tengok Tempat. Sapa sokong aku tolong tepuk tangan. Guess what dekat Thailand aku suka pergi 7e. Bersepah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sedap gila coffee dia. Burger frozen dia. Lagi berganda best dari 7e Malaysia. Sumpah xtipu !
p/s: excited nak baca komen. tolong jawab soalan yang ditanya tuu.. pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeee
fuyoo best dapat jalan jauh2... dh banyak tempat rupanya si yana ni pegi...kalau lah boleh ikot skali..lol mmg setiap tahun plan buat trip ke??
ReplyDeletepasal soalan start bila stalk blog ni... baru je lagi...mby ada dlm 7-8 tahun.. hahaha
then soalan2 yg tak trjwb cuba list kan next post... haha mby i will answer all ur question kan...