Friday, November 29, 2013

My Tulisan


Rabu lepas aku OT. Selalu OT aku x balik rumah walaupun dekat. Rehat di bilik boss. Bilik bos yang dah jadi bilik berehat pekerja.  Ha Ha Ha. Best giler. Selalu rehat 2 jam tidur tapi rabu lepas x. Aku tengah rehat pun terpaksa turun sekejap untuk cek barang. Rehat x habis lagi aku kene turun barang sampai lagi. Nampak x begitu besar pengorbanan aku kat sini. Haha. Letih giler oi.

Hari - hari aku kene tegur dengan bos aku sebab tulisan aku yang kecik. Kononnye sebab tulisan aku yang kecik, orang lain x faham & selalu salah buat order. & Kononnya jgk bos aku je yang faham tulisan aku. Kononnya lah kan. Sebenarnya xde kene mgene dgn tulisan aku pun. Aku bukan tulis tamil pun. Dah la kene pakai manual kene tulis semua order. Hadoi. Bayangkan masa rehat aku terpaksa bawak buku order naik atas sebab aku nak cek balik ape yang aku order, bos aku x faham. Alasannya tulisan aku kecil. Tapi sebelum tue bos aku mention dye sowg je yang faham. Aku pun pening sebenarnya.

Aku nak bgatu sejak dari zaman sekolah lagi tulisan aku mmg kecik. Tulisan macam semut memang aku dah lali dengar dah. Kene pakai kanta pembesar kalau nak baca lah. Etc Etc Etc. Masa nak SPM cikgu BM suruh aku besarkan sikit tulisan sebab takut pemeriksa tengah bad mood lalu failkan kertas penulisan aku. Tapi xpun. ( BANGGA NIE ). Diikuti zaman kolej pulak. Zaman kolej rasenye xde la kene tegur sangat sbb tulisan kecik tapi selalu kene tegur sbb aku selalu pakai pensel dari pen. Ye la senang padam. Bila dah habis belajar aku lama la x menulis. So bila aku masuk kerja, kene tulis balik memang tulisan cakar ayam. Pendek kata tulisan aku buruk nak mampus. Kene bahan sebab tulisan buruk. Ok fine. Padahal campur malas nak tulis kan. So bila dah hari - hari menulis tulisan aku kembali kepada asal. Kecik. Kene tegur jgk. Masa isi borang nak beli kereta, abg Jepp tuliskan balik sebab abg Jepp cakap tulisan aku so so kecik.   

So my kawan - kawan dah tau kekecilan tulisan aku. Tapi aku bg bukti kepada sesiapa yang x pernah tgk. Aku pun geledah bilik hari tue cari bukti tulisan aku masa zaman sekolah & masa zaman kolej. Ternyata masih ada sisa - sisa sebab kebanyakkannya aku dah jual dekat lori surat khabar lama.


PAST








PRESENT








So ini tulisan bos aku
Dah la buruk, x faham pulak tue
Pernah jumpa pekerja yang jujur nie ?
Ha Ha Ha
Honestly, aku sorang yang faham tulisan beliau






Thursday, November 21, 2013

AL cerita II

Tadi aku telefon kerani. Bertanyakan baki AL ( Annual Leave ) aku. Masih berbaki 4 hari. Rupenye banyak lagi. Aku mesti habiskan 4 hari tersebut sebelum bulan 1. So aku pun buat plan nak bercuti panjang masa Krismas nanti. Aku perlu merehatkan fizikal & mental aku setelah sekian lama tidak bercuti. Lagipun aku dapat membayangkan kerja yang sebegitu banyak yang sedia menanti aku Krismas nanti. Aku dapat membayangkan kestressan yang akan melanda. Oh No.

So sudah 2 kali aku cakap ngn bos aku si Uncle J aku nak habiskan AL aku. Paling latest hari ni. Guess what beliau masih cakap bende yang sama. CUTI AKU DIBEKUKAN. Oh no. Who is he nak bekukan cuti aku sesuka hati. Well aku tau beliau ialah seorang bos tapi aku bukan nak ponteng kerja. Aku nak tengok how they are gonna to live without me for 4 days. Satu hari aku cuti pun mesti keesokannya aku masuk kerja dengan dahi yang berkerut yang bermaksud ada something wrong dengan semalam. Alasan bos aku x bagi aku cuti ialah company akan bayar AL aku yang berbaki 4 hari. 

Sekarang aku ada 2 pilihan :

Pilihan pertama sama ada aku tetap berdegil cuti. Pernah sekali aku amik cuti tanpa AL sebab aku nak test jpj. First day Ramadan. Aku xbgtau sape - sape pun aku cuti sebab apa. How dare beliau ugut nak gantung kerja aku sebab aku nak cuti. Bos Bos. Berani nak gantung kerja pekerja cemerlang macam aku ni. Ha Ha Ha. 

Pilihan kedua ialah aku tetap bekerja memandangkan beliau sudi nak membayar AL aku. Bekerja bermaksud aku mencari penyakit stress. Hai siapakah yang sudi mendengar luahan perasaan aku memandangkan orang yang selalu mendengar akan pergi meninggalkan aku bulan ini. Feel sorry for myself. Kadang - kadang duit bukanlah segalanya - galanya walaupun dengan duit kita boleh membuat macam - macam. 

Aku nak pilihan ketiga tetapi mungkin Allah masih meletakkan aku di sini. Bukan tidak ada yang datang tapi terpaksa tolak atas sebab - sebab yang sangat munasabah. Oleh itu aku masih di sini menunggu peluang yang sesuai untuk disambar. Kadang - kadang aku terfikir mungkin setiap hari bos aku berdoa supaya aku sentiasa setia di sisinya. Sebab itu aku terpaksa tolak yang lain. Ha Ha Ha. Aku taip ni pun sangat geli. Naik bulu roma. 

Pening pening & sangat memeningkan kepala memikirkan hal ini. Pilihan ketiga cepatlah datang. Aku tidak mahu memilih pilihan pertama atau kedua. Kejap power in my hand or him ? *Pengsan*



------------------>>>>>>>>>>>>       AL cerita I


Monday, November 18, 2013

Hati


Separuh dari hatiku berkata ' Terima '
Separuh lagi hatiku berkata ' Pedulikan '
Mane satu kata hatiku yang harus ku turuti ?
Yang harus ke dengar & percaya ?
Jika aku pilih ' terima ' untuk apakah lagi ?
Bahagiakah kau jika aku menderita di sini ?
Setakat ini biarlah aku memilih ' pedulikan '
Cukup sekadar aku melihat kau dari jauh
Itu sudah memadai bagi aku.

" Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia "
Adakah benar hati itu boleh berubah - berubah ?
Tidak tetap pendiriannya ?
Jika ya
Ternyata kata -kata dahulu hanyalah sebuah nista
kerana tindakan kau sekarang aku lebih nampak semuanya
Tetapi kau jangan risau
Aku tidak akan pernah pernah salahkan takdir

Maafkan aku
Hati aku masih lagi seperti dulu
Tidak pernah berubah
Aku tidak kisah tiada siapa yang faham
Kerana hati aku tidak perlukan penjelasan
Maafkan aku
Hati aku masih lagi ingin mengetahui pasal kau
Walaupun kau tidak menyedarinya





Anonymous


Setelah beberapa tahun hanya yang ada id sahaja yang boleh komen di blog aku. Tetapi sekarang aku open balik anonymous pun boleh komen sekali. Dulu pernah sekali anonymous komen non sense dekat blog aku. Dipendekkan cerita, aku piss off. Tapi itu dulu cerita. Lagipun itu semua salah faham. Biaselah dulu zaman kebudak - budakkan lagi. Xpayah la tanye or susah - susah cari entry mane satu sebab aku dah delete. Actually banyak entry yang best - best aku TERdelete & TERpaksa delete. Malangnya blog nie xde recycle bin. Kalau x aku dah re- post balik sebab ade sowg anonymous nie sibok nak baca. Ha Ha Ha. I got u si anonymous. 

Saturday, November 16, 2013

Durian


Hari ni budak shift petang memang murah rezeki dari petang sampai ke malam. Rezeki hari jumaat. Macam - macam makanan la kteowg dapat customer bagi. Kenyang perut suka hati. Siapa sangka malam ni dapat durian dari Uncle Chan @ uncle sayur setelah berhari - hari xdatang kedai. Semalam bos aku si Uncle J sampai telefon Uncle Chan suruh aku cakap sendiri dengan Uncle Chan. Sebab aku tuduh bos aku marah Uncle Chan sampai Uncle Chan merajuk. Ha Ha Ha. Padahal Uncle Chan xde supply. Selalu lepas cek sayur, aku sambung kerja aku balik. Tibe - tibe Uncle Chan paggil aku sebab nak bagi durian. Mule - mule Uncle Chan bg sebiji suruh kongsi 3 orang. Tibe - tibe keluarkan banyak lagi. Wah wah rambang mata nak pilih mane satu. Tidak menghiraukan orang sekeliling sebab aku, Kak Timah & Bibik berebut - rebut pilih durian. Kalau flashback memang memalukan. Nasib baik bos belum datang. Hi Hi Hi. End up aku dapat 4 biji durian. Kak Timah & Bibik 3 biji. Sebab aku pekerja paling muda, aku kene dapat lebih dari orang lain. Tidak lupa bos aku punya 4 biji. Last kopek. Ha Ha Ha.

Balik rumah adik aku merengek suruh bukak durian. Mule - mule malas nak layan sebab aku x reti & x pernah kopek durian. Tapi si Peah ni berjaya pujuk aku. 

Adik : Kaklong, ko kopek la durian. Ko kan sado.

Aku : Sado ? Apa tu ?

Adik : Tough.

Ok. Banyak kali adik aku cakap aku ni tough. Dye cakap sikit hari nanti aku ade muscle. Lawak betul. So beberapa kali error aku berjaya kopek durian. Yeay. Bangga dengan diri sendiri. Terkeluar urat tangan aku sebab kopek durian. Susah jugak rupanya nak buat. Tapi sebelum berjaya aku tidak sengaja tercalarkan tile dapur mak aku dengan parang. Siap pesan dengan adik aku jangan bagitau mak aku sebab takut mak aku membebel. Mampu tulis kat sini je. He He He. Maaf Mak. Harap Mak x perasan. Kuang asam punye anak. So sebiji durian habis licin dimakan oleh 2 orang. Sekarang perut aku kembung sebab dah macam - macam makan. Bila - bila fikir balik aku pun x ingat bila last aku makan durian. Rasa macam dah bertahun - tahun x makan durian. Terima kasih Uncle Chan. 












Friday, November 15, 2013

Typical Malay


Semalam aku mendengar lagi kisah yang sama
Dulu aku marah. Aku geram. Aku sedih
Kini aku tidak lagi merasa apa - apa.
Aku hanya mampu tersenyum sendiri
Terima kasih bagi aku pahala
Kerana sesuatu yang tidak benar

Mulut tempayan tidak akan boleh ditutup
Inikan pula mulut manusia
Aku tidak boleh membalas 
Apatah lagi menghukum
Aku tahu Tuhan itu ada
Biarlah Tuhan sahaja yang menjadi hakim
Aku hanya boleh berdoa
supaya aku tidak menjadi seperti mereka

Aku tidak perlu berubah
untuk paksa orang lain suka aku
Aku tidak perlu bermuka - muka
hanya untuk meraih perhatian orang lain
Aku juga tidak perlu berwayang cina
semata - mata untuk puaskan hati semua pihak
Apa yang aku hanya tahu
Aku perlu sentiasa menjadi diri aku sendiri

Mungkin aku hanya pandai nampak orang lain
Tidak akan kekurangan aku sendiri
Teguri aku kerana aku tahu aku tidak sempurna
Aku akan menerimanya dengan lapang dada
Tetapi mengapa perlu ulangi perangai yang sama ?
Sengaja ?
Atau manusia sememangnya tidak boleh berubah ?

Aku sudah tidak bermaya lagi
Tapi ku gagahkan jua
Melawan segala anasir - anasir jahat dengan sisaku yang terakhir
Bukan aku tidak mencuba dengan sedaya upaya
Tapi entah kenapa aku masih diletakkan di sini
Sedangkan DIA yang paling faham isi hati aku
Sehingga sekarang aku masih tercari - cari jawapannya
Apakah hikmah di sebalik ujian ini ?

Aku cuma menunggu masa untuk semua ini berakhir
Ya Allah, tolong bantu hambamu yang lemah ini...



Tuesday, November 12, 2013

Nasihat Membina versi 2.0






Aku tahu sabar itu payah.
Aku tidak akan pernah putus asa
Aku akan terus kuat & tabah menghadapi ujian dari Allah
Aku tahu ada insan yang ada di sisi aku di saat aku perlukannya.



Sunday, November 10, 2013

Berat Oh Berat





Stress yang melanda diriku ini sejak beberapa minggu ini
membuatkan berat aku turun 
sehingga aku tidak berselera nak makan nasi

Fighting Fighting 45 kg !




Malas

Bila aku mengadu dekat bibik aku malas nak kerja mesti bibik cakap macam nie. " Kalau x kerja, macam mane mau bayar kereta ". " Kalau x kerja, x ada duit ". Ok fine. Kepala tertunduk ke bawah tanda setuju. Nasihat yang jujur walaupun kedengaran kasar. Itulah bibik. Mak angkat dari negara jiran. Ha Ha Ha



Friday, November 8, 2013

Pagi Jumaat


Pagi jumaat ini aku telah mendapat ceramah dari bos kesayangan aku. Bukan ceramah agama tapi ceramah mendengar bebelan free dari beliau akibat lupa menarik order semalam. Puas lah aku memerah otak mengalahkan budak spm. Dah send mesej boleh pulak dapat notification dari celcom kredit habis. Kenape pulak waktu genting macam nie kredit habis ? Bos aku ni nama je pakai I Phone 5 tapi whats app ke we chat ke x install. Kalau x free je. Salahkan bos aku padahal salah sendiri. Ha Ha Ha. 

So aku pun pinjam la henfon adik aku. Nasib baik adik aku ade rumah sbb cuti sem. Penat - penat aku hanta mesej panjang lebar boleh pulak bos aku reply ni sape ? Menguji tahap kesabaran aku bile bos aku reply lg lory dah jalan. Ok fine. Sambung tido.

Friday, November 1, 2013

Kau & Aku


Aku berasa bersalah apabila mengimbau kembali nostalgia dahulu
Kenangan silam yang  masih menghantui aku sehingga hari ini
Walaupun sudah bertahun - tahun  tetapi ia masih segar di ingatanku
Seolah - olah ia baru berlaku semalam
Siapakah yang harus dipersalahkan ? Kau atau aku ?
Atau sebenarnya kita berdua masih tidak matang

Setelah terpisah oleh ruang & waktu
Kita berhubung kembali akibat kecanggihan teknologi
Sejenak ku berfikir, adakan Tuhan sengaja menemukan kita
Atau aku yang bersalah sebab mencari kembali kau ?

Entah mengapa aku rasa saat bahagia itu sengaja ditarik semula oleh Tuhan
Setelah aku mendapat berita yang meruntuhkan jiwa & raga aku
Sudah terlambatkan aku untuk merebutnya kembali ?
Aku berpura - pura gembira
Aku berpura - pura tabah
Tetapi aku menangis di dalam hati
Walaupun tiada sesiapa yang tahu
Tetapi aku tahu aku seorang wanita yang kuat

Aku bermain dengan api sekali lagi
Nasihat yang diberi ibarat mencurah air ke daun keladi
Aku keliru dengan perasaan aku sendiri
Aku tahu kau sama seperti aku
Hati meronta - ronta inginkan kepastian
Berdosakah kami ?

Sekarang aku dapat menerima Qada & Qadar Allah
Dunia kau dan aku sudah jauh berbeza
Mustahil masa dapat diputarkan kembali
Sudah tertulis kita tidak akan bersatu semula
Walaupun aku dan kau menginginkannya
Sebelum aku terus terluka
Biarlah aku mengundurkan diri
Aku beralah walaupun tidak rela

Aku tidak pernah menyesal mengenali kau
Aku harap kau juga tidak pernah menyesal mengenali aku
Beribu kemaafan tidak dapat menebus kembali kesalahan & kesilapan aku
Kerana aku, luka kau masih lagi berparut
Tetapi aku bersyukur
Kau sudah menjumpai pemilik tulang rusuk kiri kau
Sedangkan aku masih tercari - cari

Cukup cukup sudah aku bercerita pasal zaman silam aku
Aku tidak mahu toleh ke belakang lagi
Aku mahu terus mara & maju ke hadapan
Tidak mungkin dapat aku buang buku lama aku
Cuma ia akan tersimpan di dalam kotak memori aku
Buat selama - lamanya.