Aku berasa bersalah apabila mengimbau kembali nostalgia dahulu
Kenangan silam yang masih menghantui aku sehingga hari ini
Walaupun sudah bertahun - tahun tetapi ia masih segar di ingatanku
Seolah - olah ia baru berlaku semalam
Siapakah yang harus dipersalahkan ? Kau atau aku ?
Atau sebenarnya kita berdua masih tidak matang
Setelah terpisah oleh ruang & waktu
Kita berhubung kembali akibat kecanggihan teknologi
Sejenak ku berfikir, adakan Tuhan sengaja menemukan kita
Atau aku yang bersalah sebab mencari kembali kau ?
Entah mengapa aku rasa saat bahagia itu sengaja ditarik semula oleh Tuhan
Setelah aku mendapat berita yang meruntuhkan jiwa & raga aku
Sudah terlambatkan aku untuk merebutnya kembali ?
Aku berpura - pura gembira
Aku berpura - pura tabah
Tetapi aku menangis di dalam hati
Walaupun tiada sesiapa yang tahu
Tetapi aku tahu aku seorang wanita yang kuat
Aku bermain dengan api sekali lagi
Nasihat yang diberi ibarat mencurah air ke daun keladi
Aku keliru dengan perasaan aku sendiri
Aku tahu kau sama seperti aku
Hati meronta - ronta inginkan kepastian
Berdosakah kami ?
Sekarang aku dapat menerima Qada & Qadar Allah
Dunia kau dan aku sudah jauh berbeza
Mustahil masa dapat diputarkan kembali
Sudah tertulis kita tidak akan bersatu semula
Walaupun aku dan kau menginginkannya
Sebelum aku terus terluka
Biarlah aku mengundurkan diri
Aku beralah walaupun tidak rela
Aku tidak pernah menyesal mengenali kau
Aku harap kau juga tidak pernah menyesal mengenali aku
Beribu kemaafan tidak dapat menebus kembali kesalahan & kesilapan aku
Kerana aku, luka kau masih lagi berparut
Tetapi aku bersyukur
Kau sudah menjumpai pemilik tulang rusuk kiri kau
Sedangkan aku masih tercari - cari
Cukup cukup sudah aku bercerita pasal zaman silam aku
Aku tidak mahu toleh ke belakang lagi
Aku mahu terus mara & maju ke hadapan
Tidak mungkin dapat aku buang buku lama aku
Cuma ia akan tersimpan di dalam kotak memori aku
Buat selama - lamanya.